3 Julai 2025 (Khamis) – Telah berlangsung Sesi Libat Urus Jabatan Kastam Diraja Malaysia (WPKL) yang diketuai oleh YBrs. Puan Wan Norizan binti Wan Daud, Pengarah Kastam WPKL bersama barisan Pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (WPKL) kepada YBrs. Tn. Ir. Hj Shukri bin Ishak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor.

Turut hadir bersama Tn. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria Timb. Pengarah JKR Selangor , Ir. Mohd Azmi bin Asif, Ketua Jurutera Mekanikal Negeri Selangor dan Ir. Paschal Dagang Anak Kevin Akeu, Jurutera Daerah JKR Daerah Petaling.
Sesi Libat Urus ini dapat mengeratkan lagi hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak disamping bagi membincangkan isu-isu berkaitan pembaikan dan penyelenggaraan di Jabatan Kastam Diraja Malaysia (WPKL).
