Unit Pengurusan Portfolio
Pengurusan laporan prestasi dan strategi pelaksanaan projek/senggara, Pengurusan pencapaian prestasi projek, Pengurusan data dan pemutihan SKALA/SPSB, Pengurusan intervensi projek, Pengurusan mesyuarat, aset dan peruntukan kewangan CPAB serta pelaporan, Pengurusan tools amalan pengurusan projek terbaik, Pengurusan RKK dan RKF, Pengurusan program pembudayaan ilmu.
Unit Pengurusan Korporat
- Pentadbiran
Pengurusan rekod cuti kakitangan, Pengurusan penyediaan permohonan nota minta, Pengurusan fail latihan kakitangan, Pengurusan mesyuarat CPAB. - Kualiti
Pengurusan program berkaitan Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB), Pengurusan Pelan Bisnes dan Pengurusan Risiko Organisasi (ERM) JKR Selangor tahun 2021 – 2025, Pengurusan Program Auditan, Pengurusan Penyediaan Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP), Pengurusan Program Anugerah Jabatan. - Aduan
Pengurusan Aduan Awam, Pengurusan Piagam Pelanggan JKR Malaysia, Program Hari Bersama Pelanggan JKR Selangor, Pengurusan Media Sosial jabatan. - ICT
Pengurusan Perolehan ICT, Pengurusan Penyelenggaraan ICT, Pengurusan Aset ICT, Pengurusan Pinjaman Peralatan ICT, Pengurusan Mesyuarat Berkaitan ICT. - Latihan
Pengurusan latihan jabatan, Pengurusan kelulusan bajet latihan dari peruntukan negeri dan persekutuan, Permohonan Latihan Industri.
A1. Pengurusan Projek
Melaksanakan Projek pemasangan elektrik bagi agensi Kerajaan bermula dari merancang, mereka bentuk, mengurus tender/ kontrak, menyelia serta menyelaras semua projek projek pemasangan elektrik, elektronik, telekomunikasi dan perkhimatan lain.
A2. Pengurusan Senggaraan
A2.1 Senggara Kerosakan
Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelenggaraan bagi pemasangan elektrik, elektronik, telekomunikasi dan perkhidmatan lain berdasarkan aduan yang diterima daripada pelanggan.
A2.2 Senggaraan Pencegahan
Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan secara berkala bagi peralatan elektrik di agensi kerajaan.
A3. Perkhidmatan Khidmat Nasihat
A3.1 Perkhidmatan Perunding Teknikal
Memberi khidmat perunding teknikal terutama berkenaan masalah teknikal yang dihadapi oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
A3.2 Khidmat Inspektorat
Memberi khidmat pemeriksaan elektrik di semua premis kerajaan dan seterusnya memberi maklum balas hasil daripada pemeriksaan tersebut untuk makluman pelanggan bagi tindakan selanjutnya.
A4. Perkhidmatan Pentadbiran
Melaksanakan urusan-urusan berkaitan dengan kakitangan, kewangan, dan teknologi maklumat. Aktiviti utama yang terlibat adalah mengurus pentadbiran am, kewangan, sumber manusia, dokumentasi serta pembangunan teknologi maklumat.
WPP UTAMA
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab melaksanakan Mesyuarat Pra Pembinaan, Mesyuarat Tapak, Mesyuarat Teknikal, Mesyuarat Penyelarasan Projek.
- Bertanggungjawab membuat semakan Laporan Kemajuan Bulanan, Kelulusan Lukisan Pembinaan, Kelulusan Bahan Binaan.
- Bertanggungjawab membuat semakan dan pengesyoran kemajuan kerja fizikal dan bayaran interim.
- Membantu WPP Pakar menyediakan permohonan perubahan kerja dan permohonan lanjutan masa.
- Menguruskan ujian penerimaan dan pentauliahan, latihan pengendalian system dan peralatan serta proses penyerahan projek.
- Menyedia dan menyemak unjuran perbelanjaan aliran tunai, dan C-Plan.
- Menyediakan dokumen serahan yang merangkumi, lukisan as built, Manual Operasi dan Penyelenggaraan, senarai alat ganti dan lain-lain.
- Menyediakan Perakuan Siap Kerja dan Senarai Kecacatan.
- Bertanggungjawab keatas keseluruhan kerja-kerja di tapak bina.
- Bertanggungjawab ke atas laporan projek di dalam SKALA.
- Memberi khidmat nasihat teknikal.
- Melaksanakan Pengurusan dan Penyelarasan Kualiti.
WPP SIVIL & STRUKTUR
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab mengurus dan menyelaras projek pembinaan bangunan sehingga selesai tempoh kecacatan
- Bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan projek antara JKR dengan agensi lain serta pihak kontraktor
- Bertanggungjawab memastikan peruntukan yang mencukupi bagi setiap projek
- Membuat penilaian kerja dan mengurus bayaran kemajuan kerja
- Menyemak dan mengesahkan laporan kemajuan bulanan yang diterima
- Merancang, mengurus dan melaksanakan Audit Pembinaan Projek bagi projek-projek berkaitan
- Memastikan semua projek yang telah disiapkan didaftarkan di dalam Pendaftaran Aset Kerajaan
WPP ARKITEK
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat teknikal dan perundingan terhadap penggunaan bahan dalam pembinaan kepada semua agensi kerajaan
- Bertanggungjawab dalam mengawal dan meluluskan bahan-bahan dan sample pembinaan arkitek untuk kegunaan projek di bawah seliaan PPPN
- Melaksanakan penyelarasan bagi kerja-kerja arkitek yang dilaksanakan di tapak
- Melaksanakan Audit Pembinaan bagi projek perunding dan rekabina
WPP UKUR BAHAN
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab mengurus dan menyemak bayaran pemdahuluan dan interim JKR 66 termasuk memastikan dokumen sokongan mencukupi, lengkap dengan pengesyoran serta perakuan dan akhirnya perlu dikemaskini di dalam sistem SKALA.
- Bertanggungjawab mengurus, menyemak dan menyediakan Perubahan Kerja melalui Pelarasan Harga Kontrak (PHK), Arahan Perubahan Kerja (APK), Kelulusan Perubahan Kerja (KPK), Wang Kos Prima (WKP) dan Wang Peruntukan Sementara (WPS)
- Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Perubahan Kerja, Jawatankuasa Sebut Harga peringkat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek
- Menguruskan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (PKLM) Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) dan Perakuan Siap Kerja (CPC)
- Menguruskan Perakuan Akaun Muktamad
WPP MEKANIKAL
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab memastikan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan mekanikal seperti penghawa dingin, lif, sistem bekalan air dalaman, sistem kerusi pergigian serta perkhidmatan lain yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor adalah mengikut sepertimana perancangan dan rekabentuk yang ditetapkan
- Bertanggungjawab menguji, mengawal dan meluluskan bahan-bahan dan peralatan mekanikal untuk kegunaan projek di bawah seliaan PPPN
- Melaksanakan penyelarasan bagi kerja-kerja mekanikal yang dilaksanakan di tapak
- Melaksanakan Audit Pembinaan bagi projek-projek berkaitan
- Memastikan semua bayaran kerja-kerja mekanikal telah dibuat oleh pihak kontraktor
WPP ELEKTRIK & ICT
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab memastikan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan elektrik, elektronik dan telekomunikasi serta perkhidmatan lain yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor adalah mengikut sepertimana perancangan dan rekabentuk yang ditetapkan
- Bertanggungjawab menguji, mengawal dan meluluskan bahan-bahan dan peralatan elektrik dan elektronik untuk kegunaan projek di bawah seliaan PPPN
- Melaksanakan penyelarasan bagi kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan di tapak
- Memantau pelaksanaan proses penyambungan bekalan elektrik bai semua projek PPPN
- Melaksanakan Audit Pembinaan bagi projek-projek berkaitan
- Memastikan semua bayaran kerja-kerja elektrik telah dibuat oleh pihak kontraktor
Merancang menyelaras dan memantau termasuk merekabentuk dan menyelia perlaksanaan projek-projek pembangunan dan kerja-kerja senggaraan jalan dan jambatan bagi kerajaan persekutuan dan negeri termasuk cerun.
Menyelaras tugas-tugas pengurusan / pentadbiran kontrak termasuk peringkat-peringkat pra-kontrak, pos-kontrak dan lain-lain urusan kontrak.
- Merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan pengurusan Projek Pembangunan dan Penyelenggaraan Bangunan Kerajaan Negeri Selangor dan Persekutuan secara komprehensif di bawah Kementerian /Agensi pelanggan selaras dengan peraturan dan pekeliling yang berkuatkuasa , kontrak dan spesifikasi Sistem Pengurusan Bersepadu (SPB) JKR
- Memastikan pelaksanaan amalan terbaik dalam Pengurusan Projek JKR di peringkat negeri dan daerah
- Melaksanakan kawalan projek di peringkat negeri dan daerah melalui kaedah pemantauan dan pelaporan menggunakan sistem dan aplikasi terkini laman web JKR Malaysia (cth: SKALA, SPSB)
- Menyelaras, membantu dan memantau Pelan Strategik JKR Selangor dan Eksekutif Pengurusan Risiko (ERM) Organisasi JKR Selangor
- Memberi khidmat nasihat teknikal yang berkaitan bagi projek penyelengaraan Persekutuan dan Negeri Selangor
Bahagian Pembangunan Projek
1.0 Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan rekabentuk dan penyeliaan projek Konvensional Dalaman
- Merancang, mengurus dan memantau penyediaan rekabentuk awalan senibina
- Memantau semakan rekabentuk awalan senibina
- Menyelaras dan memantau Kelulusan Pelanggan dan Pihak Berkuasa Tempatan ke atas Cadangan Rekabentuk Awalan
- Memantau penyediaan rekabentuk terperinci senibina
- Memantau kajian semula/ Verifikasi/ Validasi Rekabentuk senibina
- Memberi kelulusan output rekabentuk senibina
- Memantau dan menyelaras kelulusan bahan dan mockup di tapak di peringkat pembinaan.
- Memantau dan menyelaras pemeriksaan/ audit kerja rekabentuk senibina di peringkat pembinaan dan pra-penyerahan
2.0 Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan rekabentuk dan penyeliaan Projek Konvensional Perunding
- Merancang, mengurus dan memantau urusan perkhidmatan perunding
- Merancang, mengurus dan memantau rekabentuk konsep senibina oleh pihak perunding
- Memantau semakan rekabentuk awalan senibina oleh pihak perunding
- Memantau perunding mendapatkan kelulusan pelanggan dan Pihak Berkuasa Tempatan ke atas cadangan rekabentuk senibina
- Memantau penyediaan rekabentuk terperinci senibina oleh pihak perunding
- Memantau Kajian Semula/ Verifikasi/ Validasi rekabentuk senibina
- Kelulusan output rekabentuk senibina
- Memantau dan menyelaras kelulusan bahan dan mockup di tapak di peringkat pembinaan
- Memantau dan menyelaras aktiviti berkaitan pindaan rekabentuk di peringkat pembinaan
3.0 Merancang, mengurus dan memantau pelaksanaan rekabentuk dan penyeliaan Projek Reka dan Bina
- Merancang, mengurus dan memantau penyemakan brif projek dan menganalisa untuk penyediaan rekabentuk dan need statements.
- Mengurus dan memantau pelaksanaan penilaian teknikal cadangan rekabentuk awalan penender
- Mengurus dan memantau semakan rekabentuk awalan senibina kontraktor.
- Mengurus dan memantau audit rekabentuk senibina
- Memantau dan menyelaras permohonan kelulusan bahan dan mockup di peringkat pembinaan
- Memantau dan menyelaras aktiviti berkaitan pindaan rekabentuk di peringkat pembinaan
Bahagian Pentadbiran
Pentadbiran
- Melaksanakan urusan fail-fail, surat menyurat, dokumen-dokumen rasmi dan urusan khidmat pelanggan.
- Mengendalikan dan menguruskan perbelanjaan melalui Pesanan Tempatan Inden (Nota Minta) bagi urusan makanan mesyuarat.
- Mengemaskini rekod sistem kedatangan kakitangan ke pejabat (E-Tacs).
- Mengemaskini rekod cuti kakitangan.
- Menyelaras mesyuarat pengurusan pejabat.
Perkhidmatan
- Melaksanakan perkara-perkara berkaitan dengan perkhidmatan bagi semua pegawai di Bahagian Arkitek.
- Melaksanakan Sub Modul HRMIS/MYKJ
- Memantau dan merekod pergerakan kursus kakitangan.
Unit Pentadbiran
Menguruskan semua urusan Perkhidmatan Pegawai, Menguruskan Hal-hal Perjawatan, HRMIS, Latihan dan Kebajikan Pegawai /Kakitangan jabatan, menguruskan urusan prestasi dan tatatertib, Menguruskan urusan surat-menyurat, Pengurusan Fail dan Dokumen, Bertanggungjawab terhadap keselamatan Pejabat, Menguruskan majlis-majlis peringkat jabatan/Negeri, menguruskan perkhidmatan keselamatan berpakaian seragam tanpa senjata di Ibu Pejabat dan menguruskan kerja-kerja pembersihan bangunan /penyelenggaraan Landskap di Ibu Pejabat.
Unit Kewangan
Menyelaraskan dan mengurus semua Urusan pembelian barang-barang dan perkhidmatan jabatan, menyelaras rekod-rekod pengurusan stor jabatan, penyediaan anggaran belanjawan mengurus tahunan dan perkara-perkara lain yang bersangkutan, menguruskan bayaran gaji, elaun, KWSP, bil-bil dan lain-lain, menguruskan kewangan Am, Panjar Wang Runcit, Waran tiket, permohonan pinjaman kenderaan dan komputer, menguruskan hal ehwal berkaitan kewangan pentadbiran pejabat didaerah-daerah, pengurusan aset dan mengemaskini rekod-rekod Aset Inventori.
Bahagian Pentadbiran Dan Kewangan
Urusan hal-hal pentadbiran, perjawatan dan perkhidmatan kakitangan, Lantikan dan kenaikan pangkat, Pengesahan dalam perjawatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen, Gaji dan elaun-elaun dalam perkhidmatan, Urusan cuti, mengurus keperluan kursus dan latihan kakitangan jabatan, urusan ruamh dan bangunan pejabat kerajaan, perubatan, urusan perkhidmatan, tatacara pengurusan stor, urusan pinjaman kenderaan, tatatertib, urusan persaraan dan mengurus serta menyelia pelatih-pelatih dari IPT.
Bahagian Stor
Membuat pembelian alat-alat ganti, tayar/tiub, filter dan sebagainya mengikut masa yang ditetapkan serta memaastiakan barang-barang tersebut sampai kebahagian yang membuat permintaan segera, Memastikan semua pembeliandibuat dengan secepat mungkin dengan mengemukakan invois /L.O kebahagian kosting dengan segera, memasukkan maklumat pengeluaran barang-barang stor, minyak hitam, diesel (dalam borang JKR38) kedalam komputersupaya dapat menegtahui perbelanjaan yang sebenar, membuat pelupusan untutk barang-barang yang tidak bergerak didalam stor supaya jabatan tidak mengalami kerugian, memastikan kakitangan /pengurusan stor menjalankan tugas masing-masingserta menerima arahan/tugas daripada ketua jabatan dan memastikan setiap bahagian menerima barang yang dipesan berkualiti, asi dan diterima pada masa yang ditetapkan.
Bahagian Kosting
Menguruskan peruntukan kewangan negeri dan persekutuan, Menyelia kira-kira wang amanah, Menyediakan anggaran belanjawan tahunan, Memastikan dan menyelia sistem Job Kosting berkomputer berjalan dengan baik, menyelia baucer bayaran dan jurnal pelarasan, Penyelarasan buku tunai, Mengawal dan memastikan peruntukan VOT untuk kerja inden dan pesanan tempatan adalah mencukupi dan tidak melebihi peruntukan yang diluluskan dan mengambil tindakan untuk tambahan peruntukan dan pindah peruntutkan jika perlu.
Bahagian Kenderaan, Loji Dan Jentera Berat
Membuat penyelenggaraan kennderaan lori/jentera berat milik JKR Negeri dan persekutuan, Membuat penilaian ke atas kenderaan terpakai unutk tujuan permohonan pinjaman pembelian kenderaan, Membuat pemeriksaan ke atas kenderaan, lori dan jentera berat baru yang dibeli oleh jabatan-jabatan kerajaan., membuat pemeriksaaan teknikal dan penilaian kenderaan jabatan yang terlibat dengan kemalangan jalanraya, mengeluarkan sijil Tidak Ekonomi Dibaiki (BER) bagi tujuan pelupusan, menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada jabatan-jabatan kerajaan apabila diperlukan, dan menguruskan perolehan kenderaan, jentera berat dan lain-lain peralatan kenderaan.
Bahagian Projek Bangunan
Merekabentuk serta menyediakan spesifikasi dan lukisan untuk pemanggilan tender/sebutharga sistem perkhidmatan Mekanikal dalam bangunan bagi projek-projek persekutuan dan negeri, memberi khidmat nasihat teknikal berhubun pemasangan sistem mekanikal dalam bangunana/ peralatan mekanikal kepada jabatan-jabatan persekutuan dan negeri, mengawasi dan mengaudit kerja-kerja rekabentuk dan pembinaan yang dilaksanakan oleh konsultan.
- Menguruskan perlaksanaan projek dalam penyediaan rekabentuk, lukisan kejuruteraan awam dan struktur, spesifikasi berdasarkan kepada kaedah pelaksanaaan projek secara konvensional(dalaman).
- Memberi khidmat nasihat yang berkaitan.
- Merekabentuk dan menyediakan lukisan kejuruteraan awam dan struktur.
Mengurus, merancang kerja-kerja tentera darat, udara dan laut di seluruh negeri selangor dan juga penasihat teknikal kepada pelanggan (Kementerian Pertahanan).
Bahagian Pentadbiran / Kewangan
1.0 Unit Pentadbiran & Sumber Manusia.
Mengurus urusan pentadbiran dan perkhidmatan, mengurus urusan pengurusan sumber manusia, menyelaras dan memantau pegurusan dokumentasi, menyelaras dan menatau KPI Cawangan, penyelaras MyPortfolio di Jabatan.
2.0 Unit Kewangan & Stor
Pengurusan Kewangan & Pengurusan Stor dan Aset alih.
Bahagian Pentadbiran / Kewangan
Menyelenggara kemudahan awam meliputi bangunan, bekalan air, jalan raya, parking apron, taxiway, perparitan dan kumbahan, melakasanakan pembinaan projek ubahsuai dan peningkatan, melaksanakan projek-projek pembinaan kecil, memproses dan melaksanakan urusan pembinaan termasuk menyediakan lukisan, anggaran sebutharga dan pengawasan pembinaan, memberi khidmat nasihat teknikal kepada bahagian dan pelanggan.
Bahagian Kejuruteraan Mekanikal & Elektrik
1.0 Unit Mekanikal
Menguruskan dan melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem Mekanikal meliputi sistem lif dan eskalator, sistem pintu hangar, sistemkren, sistem pam air bersihdan loji serta peralatan mekanikal yang lain.
2.0 Unit Elektrik
Menguruskan dan melaksanakan kerja penyelenggaraan sistem elektrik meliputi pepasangan sistem voltan tinggi dan rendah, sistem janakuasa, sistem lampu jalan dan perimeter, sistem janakuasa, sistem lampu jalan, sistem highmast, AGL dan highbay dan sistem eletrik domestik dan sistem elektrik lain.