BM | EN
Info Korporat

Visi, Misi & Objektif

Bagi mencapai hasrat negara di dalam memberi perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat, JKR menzahirkanya melalui visi dan misi jabatan ini iaitu:

Visi

Kami akan menjadi pemberi perkhidmatan bertaraf dunia dan pusat kecemerlangan di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan perkhidmatan kejuruteraan demi pembangunan infrastruktur negara melalui modal insan yang kreatif dan inovatif serta teknologi terkini.

OBJEKTIF

Sebagai Perunding Utama kepada Kerajaan Malaysia, objektif Jabatan Kerja Raya adalah untuk:

"Menyerahkan produk dan melaksanakan perkhidmatan penyenggaraan yang menepati masa, kualiti dan kos yang ditetapkan bagi mencapai faedah aset yang optimum".

FUNGSI

JKR diwujudkan untuk :

  • Berfungsi sebagai rakan kongsi strategik kepada pelanggan kami dalam mencapai keberhasilan polisi kerajaan
  • Menjadi peneraju di dalam bidang pengurusan aset, pengurusan projek dan kecemerlangan kejuruteraan untuk negara
  • Menyediakan infrastruktur negara

MISI

Misi JKR ialah untuk menyumbang kepada pembangunan negara dengan:

  • Membantu pelanggan kami merealisasikan maklumat dasar dan menyampaikan perkhidmatan melalui kerjasama sebagai rakan kongsi strategik.
  • Mempiawai proses dan sistem kita untuk memberikan hasil perkhidmatan yang konsisten.
  • Menyediakan perkhidmatan pengurusan aset dan projek yang efektif dan inovatif
  • Mengukuhkan kompetensi kejuruteraan sedia ada
  • Membangunkan modal insan dan kompetensi baru
  • Mengutamakan integriti dalam memberikan perkhidmatan
  • Membina hubungan harmoni dengan masyarakat
  • Memelihara alam sekitar dalam penyampaian perkhidmatan
Dikemaskini: 18 Sep 2024, 11:03 am - editor | 1874 capaian
Skip to content