Carta Organisasi
- Melaksanakan Projek pemasangan elektrik bagi agensi Kerajaan bermula dari merancang, mereka bentuk, mengurus tender/ kontrak,
- Menyelia serta menyelaras semua projek projek pemasangan elektrik, elektronik, telekomunikasi dan perkhimatan lain.
Senggara Kerosakan
Melaksanakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan penyelenggaraan bagi pemasangan elektrik, elektronik, telekomunikasi dan perkhidmatan lain berdasarkan aduan yang diterima daripada pelanggan.
Senggaraan Pencegahan
Melaksanakan aktiviti-aktiviti penyelenggaraan secara berkala bagi peralatan elektrik di agensi kerajaan.
Perkhidmatan Perunding Teknikal
Memberi khidmat perunding teknikal terutama berkenaan masalah teknikal yang dihadapi oleh jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
Khidmat Inspektorat
Memberi khidmat pemeriksaan elektrik di semua premis kerajaan dan seterusnya memberi maklum balas hasil daripada pemeriksaan tersebut untuk makluman pelanggan bagi tindakan selanjutnya.
Perkhidmatan Pentadbiran
Melaksanakan urusan-urusan berkaitan dengan kakitangan, kewangan, dan teknologi maklumat. Aktiviti utama yang terlibat adalah mengurus pentadbiran am, kewangan, sumber manusia, dokumentasi serta pembangunan teknologi maklumat.