Carta Organisasi
Bahagian Pentadbiran / Kewangan
Bahagian Stor
Bahagian Kosting
Bahagian Kenderaan, Loji dan Jentera Berat
Bahagian Projek Bangunan
Carta Organisasi
Carta Organisasi
Bahagian Pentadbiran / Kewangan
- Urusan hal-hal pentadbiran, perjawatan dan perkhidmatan kakitangan,
- Lantikan dan kenaikan pangkat,
- Pengesahan dalam perjawatan dan kemasukan dalam perjawatan berpencen, Gaji dan elaun-elaun dalam perkhidmatan,
- Urusan cuti,
- Mengurus keperluan kursus dan latihan kakitangan jabatan,
- Urusan rumah dan bangunan pejabat kerajaan dan perubatan,
- Urusan perkhidmatan, tatacara pengurusan stor, urusan pinjaman kenderaan, tatatertib,
- Urusan persaraan dan
- Mengurus serta menyelia pelatih-pelatih dari IPT.
Bahagian Stor
- Membuat pembelian alat-alat ganti, tayar/tiub, filter dan sebagainya mengikut masa yang ditetapkan serta memastiakan barang-barang tersebut sampai kebahagian yang membuat permintaan segera,
- Memastikan semua pembelian dibuat dengan secepat mungkin dengan mengemukakan invois /L.O ke bahagian kosting dengan segera,
- Memasukkan maklumat pengeluaran barang-barang stor, minyak hitam, diesel (dalam borang JKR38) ke dalam komputer supaya dapat mengetahui perbelanjaan yang sebenar,
- Membuat pelupusan untuk barang-barang yang tidak bergerak di dalam stor supaya jabatan tidak mengalami kerugian,
- Memastikan kakitangan /pengurusan stor menjalankan tugas masing-masing serta menerima arahan/tugas daripada ketua jabatan dan memastikan setiap bahagian menerima barang yang dipesan berkualiti, asli dan diterima pada masa yang ditetapkan.
Bahagian Kosting
- Menguruskan peruntukan kewangan negeri dan persekutuan,
- Menyelia kira-kira wang amanah,
- Menyediakan anggaran belanjawan tahunan,
- Memastikan dan menyelia sistem Job Kosting berkomputer berjalan dengan baik,
- Menyelia baucer bayaran dan jurnal pelarasan,
- Penyelarasan buku tunai,
- Mengawal dan memastikan peruntukan VOT untuk kerja inden dan pesanan tempatan adalah mencukupi dan tidak melebihi peruntukan yang diluluskan dan mengambil tindakan untuk tambahan peruntukan dan pindah peruntutkan jika perlu.
Bahagian Kenderaan, Loji dan Jentera Berat
- Membuat penyelenggaraan kennderaan lori/jentera berat milik JKR Negeri dan persekutuan,
- Membuat penilaian ke atas kenderaan terpakai unutk tujuan permohonan pinjaman pembelian kenderaan,
- Membuat pemeriksaan ke atas kenderaan, lori dan jentera berat baru yang dibeli oleh jabatan-jabatan kerajaan.,
- Membuat pemeriksaaan teknikal dan penilaian kenderaan jabatan yang terlibat dengan kemalangan jalanraya,
- Mengeluarkan sijil Tidak Ekonomi Dibaiki (BER) bagi tujuan pelupusan,
- Menyediakan perkhidmatan pengangkutan kepada jabatan-jabatan kerajaan apabila diperlukan, dan
- Menguruskan perolehan kenderaan, jentera berat dan lain-lain peralatan kenderaan.
Bahagian Projek Bangunan
- Merekabentuk serta menyediakan spesifikasi dan lukisan untuk pemanggilan tender/sebutharga sistem perkhidmatan Mekanikal dalam bangunan bagi projek-projek persekutuan dan negeri,
- Memberi khidmat nasihat teknikal berhubung pemasangan sistem mekanikal dalam bangunan / peralatan mekanikal kepada jabatan-jabatan persekutuan dan negeri,
- Mengawasi dan mengaudit kerja-kerja rekabentuk dan pembinaan yang dilaksanakan oleh konsultan.