Carta Organisasi
WPP Utama
WPP Sivil & Struktur
WPP Arkitek
WPP Ukur Bahan
WPP Mekanikal
WPP Elektrik & ICT
Carta Organisasi
Carta Organisasi
WPP Utama
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab melaksanakan Mesyuarat Pra Pembinaan, Mesyuarat Tapak, Mesyuarat Teknikal, Mesyuarat Penyelarasan Projek.
- Bertanggungjawab membuat semakan Laporan Kemajuan Bulanan, Kelulusan Lukisan Pembinaan, Kelulusan Bahan Binaan.
- Bertanggungjawab membuat semakan dan pengesyoran kemajuan kerja fizikal dan bayaran interim.
- Membantu WPP Pakar menyediakan permohonan perubahan kerja dan permohonan lanjutan masa.
- Menguruskan ujian penerimaan dan pentauliahan, latihan pengendalian system dan peralatan serta proses penyerahan projek.
- Menyedia dan menyemak unjuran perbelanjaan aliran tunai, dan C-Plan.
- Menyediakan dokumen serahan yang merangkumi, lukisan as built, Manual Operasi dan Penyelenggaraan, senarai alat ganti dan lain-lain.
- Menyediakan Perakuan Siap Kerja dan Senarai Kecacatan.
- Bertanggungjawab keatas keseluruhan kerja-kerja di tapak bina.
- Bertanggungjawab ke atas laporan projek di dalam SKALA.
- Memberi khidmat nasihat teknikal.
- Melaksanakan Pengurusan dan Penyelarasan Kualiti.
WPP Sivil & Struktur
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab mengurus dan menyelaras projek pembinaan bangunan sehingga selesai tempoh kecacatan
- Bertanggungjawab menyelaras pelaksanaan projek antara JKR dengan agensi lain serta pihak kontraktor
- Bertanggungjawab memastikan peruntukan yang mencukupi bagi setiap projek
- Membuat penilaian kerja dan mengurus bayaran kemajuan kerja
- Menyemak dan mengesahkan laporan kemajuan bulanan yang diterima
- Merancang, mengurus dan melaksanakan Audit Pembinaan Projek bagi projek-projek berkaitan
- Memastikan semua projek yang telah disiapkan didaftarkan di dalam Pendaftaran Aset Kerajaan
WPP Arkitek
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat teknikal dan perundingan terhadap penggunaan bahan dalam pembinaan kepada semua agensi kerajaan
- Bertanggungjawab dalam mengawal dan meluluskan bahan-bahan dan sample pembinaan arkitek untuk kegunaan projek di bawah seliaan PPPN
- Melaksanakan penyelarasan bagi kerja-kerja arkitek yang dilaksanakan di tapak
- Melaksanakan Audit Pembinaan bagi projek perunding dan rekabina
WPP Ukur Bahan
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab mengurus dan menyemak bayaran pemdahuluan dan interim JKR 66 termasuk memastikan dokumen sokongan mencukupi, lengkap dengan pengesyoran serta perakuan dan akhirnya perlu dikemaskini di dalam sistem SKALA.
- Bertanggungjawab mengurus, menyemak dan menyediakan Perubahan Kerja melalui Pelarasan Harga Kontrak (PHK), Arahan Perubahan Kerja (APK), Kelulusan Perubahan Kerja (KPK), Wang Kos Prima (WKP) dan Wang Peruntukan Sementara (WPS)
- Menguruskan mesyuarat Jawatankuasa Perubahan Kerja, Jawatankuasa Sebut Harga peringkat Pegawai Penguasa / Pengarah Projek
- Menguruskan Perakuan Kelambatan dan Lanjutan Masa (PKLM) Perakuan Kerja Tak Siap (CNC) dan Perakuan Siap Kerja (CPC)
- Menguruskan Perakuan Akaun Muktamad
WPP Mekanikal
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab memastikan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan mekanikal seperti penghawa dingin, lif, sistem bekalan air dalaman, sistem kerusi pergigian serta perkhidmatan lain yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor adalah mengikut sepertimana perancangan dan rekabentuk yang ditetapkan
- Bertanggungjawab menguji, mengawal dan meluluskan bahan-bahan dan peralatan mekanikal untuk kegunaan projek di bawah seliaan PPPN
- Melaksanakan penyelarasan bagi kerja-kerja mekanikal yang dilaksanakan di tapak
- Melaksanakan Audit Pembinaan bagi projek-projek berkaitan
- Memastikan semua bayaran kerja-kerja mekanikal telah dibuat oleh pihak kontraktor
WPP Elektrik & ICT
Melaksanakan kawalselia projek konvensional dan reka bina:
- Bertanggungjawab memastikan pelaksanaan kerja-kerja pemasangan elektrik, elektronik dan telekomunikasi serta perkhidmatan lain yang dilaksanakan oleh pihak kontraktor adalah mengikut sepertimana perancangan dan rekabentuk yang ditetapkan
- Bertanggungjawab menguji, mengawal dan meluluskan bahan-bahan dan peralatan elektrik dan elektronik untuk kegunaan projek di bawah seliaan PPPN
- Melaksanakan penyelarasan bagi kerja-kerja elektrik yang dilaksanakan di tapak
- Memantau pelaksanaan proses penyambungan bekalan elektrik bai semua projek PPPN
- Melaksanakan Audit Pembinaan bagi projek-projek berkaitan
- Memastikan semua bayaran kerja-kerja elektrik telah dibuat oleh pihak kontraktor