BM | EN

Soalan Lazim

JKR ialah singkatan daripada Jabatan Kerja Raya. JKR berfungsi sebagai penasihat teknikal kepada kerajaan yang mana menyokong segala sektor pembinaan di negara kita. JKR merupakan jabatan yang besar dengan kakitangan yang terdiri dari pelbagai disiplin – kejuruteraan awam, seni bina, kejuruteraan elektrik, kejuruteraan mekanikal, dan juruukur bahan.

JKR bertanggungjawab merancang, merakabentuk, dan membina projek infrastruktur di negara kita. Kami berperanan sebagai agensi pelaksana dan perunding teknikal kepada kerajaan. Perkhidmatan utama yang disediakan oleh kami ialah perundingan teknikal, perkhidmatan pengurusan projek dan perkhidmatan pengurusan penyenggaraan yang mana menyokong sektor pembinaan negara khususnya kerja-kerja infrastruktur.

Jabatan Kerja Raya Selangor
Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor,
Persiaran Jubli Perak, Seksyen 17,
40200 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan

No. Tel: 03-5545 9800
No. Faks: 03-5545 3858

Hubungi direktori kami di ibu pejabat JKR, JKR Daerah atau Jurutera Daerah.

Gunakan direktori untuk semua kakitangan di Ibu Pejabat JKR Selangor.

JKR Selangor diterajui Oleh Pengarah dan dibantu oleh Timbalan Pengarah serta 12 Ketua Bahagian dan 9 Jurutera Daerah

Jika anda ingin menghubungi Ibu Pejabat JKR Selangor & Jurutera Daerah gunakan direktori pegawai kakitangan JKR Selangor.

Dikemaskini: 24 Oct 2024, 10:44 am - editor | 685 capaian
Skip to content