Sukacita dimaklumkan bahawa YBhg. Dato’ Ir. Shukri bin Ishak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor telah dilantik sebagai Pengarah Bahagian Pengurusan Nilai, Kementerian Ekonomi mulai 5 November 2026.
Sehubungan dengan itu, YBrs. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor diarahkan menjalankan tugas Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor termasuk sebagai Pegawai Penguasa (SO), Pengarah Projek (PD) dan Pegawai Penguasa Fasiliti (FSO) di mana yang berkenaan di samping menjalankan tugas hakiki beliau berkuat kuasa pada 5 November 2026 sehingga jawatan tersebut diisi secara hakiki.






