Berita Semasa

Majlis Penyerahan Projek Penyiapan Kerja bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Muzium Setem Negeri Selangor, Daerah Petaling, Shah Alam

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENYIAPAN KERJA BAGI CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN MUZIUM SETEM NEGERI SELANGOR, DAERAH PETALING, SHAH ALAM

28 Oktober 2026 – Majlis Penyerahan Projek Penyiapan Kerja bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Muzium Setem Negeri Selangor, Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Projek ikonik ini telah diserahkan secara rasmi oleh YBrs. Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, kepada YBrs. Pn. Aslynda binti Mohd Dahlan, Ketua Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Projek bernilai RM7.3 juta ini telah dilaksanakan mulai 31 Disember 2024 dan berjaya disiapkan pada 18 September 2026 oleh kontraktor Empayar Teguh Sdn. Bhd. Skop projek merangkumi pembinaan ruang pameran dan bilik kebal serta penyediaan kemudahan sokongan seperti surau, tandas dan bilik utiliti bagi memenuhi keperluan operasi dan keselesaan pengguna.

Reka bentuk bangunan Muzium Setem Negeri Selangor diinspirasikan daripada imej sampul surat dan setem rama-rama definitif Malaysia yang diterbitkan pada era 1970-an, sekali gus menampilkan identiti seni bina yang mencerminkan sejarah perseteman negara.

Majlis menandatangani dokumen perjanjian dan penyerahan projek telah dilaksanakan sepenuhnya secara digital. Majlis turut diserikan dengan gimik perasmian oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, diikuti penyerahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan rasmi projek.

Penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Kerajaan Negeri Selangor, pasukan projek JKR Negeri Selangor, PADAT, kontraktor, perunding serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan projek ini.

Penyiapan Muzium Setem Negeri Selangor mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara warisan, memperkukuh identiti negeri serta melestarikan khazanah sejarah untuk generasi akan datang.
Dikemaskini: 29 Okt 2026, 09:00 pm - jkradmin | 73 capaian
Data terbuka
Polisi e-Penyertaan
Electronic Archive Chief Information Officer (CIO) splwpk-freedom MyHRMIS Mobile
No latest announcement

Selamat Datang ke Portal Rasmi JKR Selangor

Cari maklumat di sini

Majlis Penyerahan Projek Penyiapan Kerja bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Muzium Setem Negeri Selangor, Daerah Petaling, Shah Alam

MAJLIS PENYERAHAN PROJEK PENYIAPAN KERJA BAGI CADANGAN MEMBINA DAN MENYIAPKAN MUZIUM SETEM NEGERI SELANGOR, DAERAH PETALING, SHAH ALAM

28 Oktober 2026 – Majlis Penyerahan Projek Penyiapan Kerja bagi Cadangan Membina dan Menyiapkan Muzium Setem Negeri Selangor, Daerah Petaling, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Dato’ Menteri Besar Selangor.

Projek ikonik ini telah diserahkan secara rasmi oleh YBrs. Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor, kepada YBrs. Pn. Aslynda binti Mohd Dahlan, Ketua Eksekutif Perbadanan Adat Melayu dan Warisan Negeri Selangor (PADAT).

Projek bernilai RM7.3 juta ini telah dilaksanakan mulai 31 Disember 2024 dan berjaya disiapkan pada 18 September 2026 oleh kontraktor Empayar Teguh Sdn. Bhd. Skop projek merangkumi pembinaan ruang pameran dan bilik kebal serta penyediaan kemudahan sokongan seperti surau, tandas dan bilik utiliti bagi memenuhi keperluan operasi dan keselesaan pengguna.

Reka bentuk bangunan Muzium Setem Negeri Selangor diinspirasikan daripada imej sampul surat dan setem rama-rama definitif Malaysia yang diterbitkan pada era 1970-an, sekali gus menampilkan identiti seni bina yang mencerminkan sejarah perseteman negara.

Majlis menandatangani dokumen perjanjian dan penyerahan projek telah dilaksanakan sepenuhnya secara digital. Majlis turut diserikan dengan gimik perasmian oleh YAB Dato’ Menteri Besar Selangor, diikuti penyerahan replika kunci sebagai simbolik penyerahan rasmi projek.

Penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Kerajaan Negeri Selangor, pasukan projek JKR Negeri Selangor, PADAT, kontraktor, perunding serta semua pihak yang telah memberikan komitmen dan kerjasama dalam menjayakan projek ini.

Penyiapan Muzium Setem Negeri Selangor mencerminkan komitmen Kerajaan Negeri dalam memelihara warisan, memperkukuh identiti negeri serta melestarikan khazanah sejarah untuk generasi akan datang.

Aplikasi Atas Talian

https://hrmis2.eghrmis.gov.my

Sistem Pengurusan Aplikasi & Portal

https://pispeks.selangor.gov.my

https://www.eperolehan.gov.my/home

https://tender.jkr.gov.my/

Capaian Awam

https://jkr.spab.gov.my/eApps/system/
index.do

https://bencana.jkr.gov.my/

https://www.jkr.gov.my/page/peta-jalan-raya-jkr

https://mkjr.my/ms/

Capaian Kakitangan

https://pispeks.selangor.gov.my

jata malaysia

https://epenyatagaji-laporan.anm.gov.my/

https://www.jkr.gov.my/en/node/1794

https://arahankpkrv2.jkr.gov.my/

https://skala.jkr.gov.my/

https://spsbv3.jkr.gov.my/

https://sppr.jkr.gov.my/

https://etacsjkr.selangor.gov.my/