LARIAN OBOR SURYA 2026: JELAJAH LARIAN OBOR KE JKR NEGERI SELANGOR
Semangat kesukanan terus menyala! Warga Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor turut bersama-sama menyemarakkan Program Jelajah Larian Obor Sukan Kerja Raya Se-Malaysia (SURYA 2026) sebagai simbolik penyatuan, perpaduan dan semangat kekitaan warga JKR seluruh Malaysia.
Jelajah Larian Obor ini bukan sekadar membawa simbol temasya sukan, malah membawa mesej semangat juang, kerjasama dan ukhuwah yang menjadi kekuatan warga kerja raya.
Menjelang temasya SURYA 2026 yang bakal berlangsung di Negeri Sarawak pada 3 hingga 5 Disember 2026, program ini menjadi pemangkin kepada semangat kesukanan dan persediaan seluruh warga JKR untuk bersama-sama memeriahkan kejohanan yang dinanti-nantikan.
Setiap langkah membawa makna, setiap kayuhan semangat membawa aspirasi dan setiap detik kebersamaan mengukuhkan ukhuwah!
Warga JKR Selangor, ayuh kita terus menyokong dan menyemarakkan SURYA 2026!
SATU JKR, SATU SEMANGAT, SATU KELUARGA!
JUMPA ANDA DI SURYA 2026!









