
14 Mac 2025 (Jumaat) – Program Perkongsian Ilmu kepada Pelajar dari Darul Tahfiz Ummul Qura, Jalan Kebun, Shah Alam. Seramai 30 Orang Pelajar telah diberi pendedahan dalam Ilmu Arkitek & Kejuruteraan Mekanikal. Kehadiran anak – anak tahfiz ini telah disambut mesra oleh warga JKR Selangor. Sesi Perkongsian Ilmu bagi Seni Reka Arkitek telah disampaikan Oleh Tn. Ar. Wan Mohammad Norshah bin Abdul Satar, Arkitek Penguasa JKR Selangor.
Disamping itu, Pelajar Tahfiz ini turut diberi peluang melihat sendiri kerja-kerja dilapangan bagi pembaikan dan Penyelenggaraan Jentera di Workshop Cawangan Kejuruteraan Mekanikal (CKM) Negeri Selangor. Sesi ini telah disampaikan Oleh Ir Mohd Jeffri Bin Amir, Jurutera Mekanikal, CKM Selangor.
Diharapkan Program ini dapat memberi manfaat dalam memperkaya Ilmu Pengetahuan disamping keberkatan Ramadan sebagai Platform berkongsi kebaikan, mengeratkan silaturrahim dan mendapat kerahmatan ALLAH.





