BM | EN
Berita Semasa

MAJLIS SERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) DAN DOKUMEN KONTRAK SECARA 2-IN-1

MAJLIS SERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST) DAN DOKUMEN KONTRAK SECARA 2-IN-1
Projek : Kerja Naiktaraf Keseluruhan Bangunan Pusat Pelawat Taman Botani Negara Shah Alam
Kontraktor : Iman Global Enterprise

21 April 2026 – Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) dan Dokumen Kontrak secara 2-in-1 bagi projek Kerja Naiktaraf Keseluruhan Bangunan Pusat Pelawat Taman Botani Negara Shah Alam telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Shukri bin Ishak, Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor.

Turut hadir mewakili pihak pelanggan Taman Botani Negara Shah Alam ialah Ir. Shahril bin Tahirin. Majlis ini juga dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JKR Selangor, iaitu Sr. Imilia binti Kordi, Juruukur Bahan Penguasa; Ir. Suhailah binti Hj. Suboh, Jurutera Awam Penguasa (Bangunan); serta Tn. Ir. Paschal Dagang anak Kevin Akeu, Jurutera Daerah JKR Daerah Petaling.

Pelaksanaan projek ini diharapkan dapat dilaksanakan dengan teratur dan berkesan, selaras dengan skop kerja, peruntukan kos serta tempoh masa yang telah ditetapkan. Penekanan turut diberikan terhadap pematuhan kepada spesifikasi dan standard kualiti yang ditetapkan bagi memastikan hasil kerja yang optimum.

Kerjasama padu dan komitmen berterusan daripada semua pihak yang terlibat amatlah penting bagi menjamin kejayaan pelaksanaan projek ini, seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti perkhidmatan serta kesejahteraan masyarakat secara menyeluruh.

676692324_1490241706473413_6472187489393375231_n
Skip to content