DENGKIL, 23 Januari 2026 (Jumaat) – Majlis Penyerahan Projek Menaiktaraf Infrastruktur Fizikal di Ibu Pejabat Jabatan Tenaga Atom telah berlangsung dengan jayanya pada 23 Januari 2026 bertempat di Dengkil, Selangor.
Sesi menandatangani dokumen penyerahan projek telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Azarul Azlan bin Mohd Radhi, Jurutera Daerah JKR Daerah Sepang dan diserahkan kepada YBrs. Encik Mohd Zulhasmi bin Jamaludin, Setiausaha Bahagian Pembangunan Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI).
Upacara penuh bermakna ini turut disaksikan oleh YBrs. Puan Noraishah binti Pungut, Ketua Pengarah Jabatan Tenaga Atom dan turut dihadiri oleh Puan Ir. Noor Hafiza binti Noor Kassim, Jurutera Elektrik Kanan Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan JKR Malaysia serta Puan Ir. Eliyani Yazreen binti A. Rani, Jurutera Awam Kanan JKR Negeri Selangor.
Pelaksanaan projek ini telah bermula pada 20 Mei 2025 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 16 Disember 2025. Projek ini telah siap 155 hari lebih awal berbanding tarikh siap asal. Pejabat JKR Daerah Sepang telah dipertanggungjawabkan sebagai Pegawai Penguasa bagi projek ini untuk menyelia dan memantau aktiviti di tapak bina secara menyeluruh.
Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada pasukan projek JKR Daerah Sepang, HOPT Bahagian Bangunan JKR Negeri Selangor, HODT JKR Negeri Selangor, pihak kontraktor dan semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam memastikan projek ini dapat disiapkan dan diserahkan kepada pihak pelanggan dengan jayanya.