12 Januari 2026 – Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia melalui JKR Negeri Selangor telah mengadakan Majlis Penyerahan Kerja Membaikpulih Sekolah Yang Terjejas Dengan Bencana Ribut di Sijangkang Jaya.
Majlis telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor, dan disaksikan oleh YBhg. Dato’ Ir. Ibrahim bin Esa, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan).
Turut hadir YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid, Pengarah ICU Negeri Selangor; YBrs. Tuan Mohd Radzuan bin Abd Manaf, Setiausaha bahagian, Bahagian Pembangunan, Kementerian Pendidikan Malaysia, YBrs. Tuan Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor; YBrs. Ir. Ts. Fadzilah binti Sulaiman, Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, serta ketua-ketua jabatan, pengarah-pengarah bahagian dan barisan guru-guru.
Kejadian ribut pada 15 Oktober 2025 telah menjejaskan empat buah sekolah melibatkan kerosakan sistem bumbung, kerosakan kepada struktur dewan serta sistem pendawaian elektrik. JKR bertindak pantas melaksanakan kerja pembaikan dengan kos keseluruhan sebanyak RM12.9 juta. Kerja – kerja pembaikan telah bermula pada 13 November 2025.
Hasil kerjasama semua pihak, tiga buah sekolah berjaya diserahkan 24 hari lebih awal, manakala SK Jalan Tanjung dijangka siap pada 26 Januari 2026.
JKR kekal komited memastikan fasiliti pendidikan awam sentiasa selamat, berfungsi dan kondusif selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.