BM | EN
Berita Semasa

MAJLIS MENGIBARKAN BENDERA NEGERI SELANGOR DI DATARAN SELANGOR (THE SELANGOR SQUARE)

Majlis Mengibarkan Bendera Negeri Selangor di Dataran Selangor (The Selangor Square)

8 Mac 2026 – Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor berkenan menyempurnakan Majlis Mengibarkan Bendera Negeri Selangor di Dataran Selangor (The Selangor Square), Kelab Shah Alam hari ini.

Pembinaan tiang bendera setinggi 120 meter ini merupakan cetusan ilham DYMM Sultan Selangor sebagai simbol kedaulatan negeri, perpaduan rakyat serta kesetiaan kepada Institusi Diraja. JKR Negeri Selangor telah dilantik sebagai agensi pelaksana. Projek bernilai RM8.5 juta ini dilaksanakan secara rekabentuk dalaman oleh JKR Negeri Selangor dan berjaya disiapkan lebih awal daripada jadual yang ditetapkan.

Tiang bendera ini turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai Tiang Bendera Tertinggi di Asia Tenggara, sekali gus menjadi mercu tanda baharu kebanggaan Negeri Selangor.

Dataran Selangor diharap terus menyemarakkan semangat patriotisme serta memperkukuh identiti Negeri Selangor Darul Ehsan sebagai negeri maju, berdaya saing dan makmur.

JKR Negeri Selangor komited dalam melaksanakan projek pembangunan dan penyediaan infrastruktur berkualiti di seluruh negeri Selangor, selaras dengan aspirasi Kerajaan Negeri dalam memastikan kesejahteraan rakyat serta pembangunan yang mampan demi kemakmuran Negeri Selangor Darul Ehsan.

649728827_1453307630166821_1609910714930396184_n
Dikemaskini: 16 Apr 2026, 10:10 am - zaid hizani | 3189 capaian
Skip to content