BM | EN
Berita Semasa

Lawatan Tapak Oleh YBrs. Tuan Pengarah JKR Selangor ke Projek Jalan Dari Kg. Ulu Chuchuh ke KLIA, Sepang, Selangor

5 Mac 2025 (Rabu) – YBrs. Tuan Pengarah JKR Selangor, Ir. Hj. Shukri B. Ishak merangkap Pegawai Penguasa Projek telah mengadakan lawatan tapak ke Projek Jalan Dari Kg. Ulu Chuchuh ke KLIA, Sepang, Selangor. Taklimat telah disampaikan oleh Pasukan Projek JKR Selangor dan Pihak Perunding DPI Sdn. Bhd.
 
Projek ini juga merupakan salah satu projek di bawah Projek Berimpak Tinggi dan Pembangunan Bersepadu Wilayah Selatan Selangor (IDRISS) yang merupakan salah satu agenda yang terkandung di dalam Rancangan Selangor Pertama (RS-1) Kerajaan Negeri Selangor yang akan memberikan impak bukan sahaja kepada pengguna jalan raya tetapi juga kepada pembangunan ekonomi dan sosial di Daerah Sepang dan Kuala Langat.
 
Tuan Pengarah berharap agar projek ini dapat disiapkan mengikut jadual demi manfaat kepada masyarakat serta pembangunan di sekitarnya.
Lawatan Tapak2
Lawatan Tapak3
Dikemaskini: 22 Apr 2025, 03:57 pm - Unit Korporat | 601 capaian
Skip to content