BM | EN
Berita Semasa

LAWATAN RASMI TIMBALAN MENTERI KERJA RAYA KE JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR

Gambar 4
23 Januari 2025
ย 
Telah berlangsung Sesi Lawatan Rasmi YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Haji Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya ke Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor. Ketibaan YB Timbalan Menteri dan para Pegawai Kanan Pejabat Timbalan Menteri telah disambut oleh YBrs. Tn Ir. Hj. Shukri bin Ishak Pengarah JKR Selangor bersama Ketua – Ketua Bahagian & Jurutera – Jurutera Daerah dan warga kerja di Kompleks Ibu Pejabat JKR Negeri Selangor.
ย 
Dalam sesi lawatan ini, YB Timbalan Menteri telah menyampaikan amanat kepada warga JKR Selangor untuk memastikan Sifar Projek Sakit bagi Tahun 2025 demi kesejahteraan Rakyat dan dalam sesi lawatan ini juga, YB Timbalan Menteri telah diberikan Taklimat Perancangan 2025 JKR Selangor yang telah disampaikan oleh YBrs. Tn. Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Selangor.
ย 
Diakhir sesi lawatan rasmi ini, YB Timbalan Menteri turut dijemput untuk menanam Pokok jenis Jeliti Putih dihadapan Ruang Lobi Utama sebagai tanda kenangan kepada kami Warga Kerja JKR Negeri Selangor.
ย 
Skip to content