Dimaklumkan bahawa penutupan lorong secara berperingkat akan dilaksanakan di FT28 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Seksyen 9.60 hala ke Ampang bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penggantian Expansion Joint serta lain-lain kerja berkaitan.
Butiran pelaksanaan kerja adalah seperti berikut:
- Tarikh: 12 November 2026 hingga 13 November 2026
- Masa: 10.00 malam hingga 5.00 pagi
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda amaran serta arahan pengawal lalu lintas di kawasan kerja bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pihak.
Pengguna jalan raya juga diminta supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan kerja dan mengurangkan kelajuan kenderaan bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh pelaksanaan kerja dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta perhatian semua pengguna jalan raya.
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
ARAHAN JURUTERA DAERAH
JABATAN KERJA RAYA DAERAH GOMBAK





