Dimaklumkan bahawa tempoh penutupan lorong secara berperingkat di FT28 Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2), Seksyen 9–10 arah Ampang telah dilanjutkan bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih permukaan jalan menggunakan kaedah Mill & Pave serta lain-lain kerja berkaitan diteruskan.
Butiran lanjutan tempoh penutupan adalah seperti berikut:
- Tarikh: 12 November 2026 hingga 21 November 2026
- Masa: 10.00 malam hingga 5.00 pagi
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda amaran serta arahan pengawal lalu lintas di kawasan kerja bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pihak.
Pengguna jalan raya juga diminta supaya sentiasa berhati-hati ketika melalui kawasan kerja dan menggunakan laluan alternatif sekiranya perlu.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul sepanjang tempoh pelaksanaan kerja dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta perhatian semua pengguna jalan raya.
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
ARAHAN JURUTERA DAERAH
JABATAN KERJA RAYA DAERAH GOMBAK





