Kemas Kini Pemasangan Jambatan Sementara (Bailey Bridge), Jalan Kubu Gajah, Daerah Petaling
📅 Rabu, 11 November 2026
JKR Daerah Petaling sedang giat melaksanakan persiapan bagi pemasangan jambatan sementara (Bailey Bridge) di Jalan Kubu Gajah susulan kejadian runtuhan tebing sungai yang menyebabkan laluan tersebut terputus sebelum ini.
Hari ini, kerja-kerja memunggah dan memuatkan komponen jambatan di Stor JKR Daerah Petaling telah bermula pada jam 2.00 petang. Kerja-kerja ini dilaksanakan dengan penglibatan warga kerja JKR sendiri, mencerminkan komitmen, kesungguhan dan semangat kerja berpasukan dalam usaha mempercepatkan pemulihan laluan berkenaan. 💪
🚛 PERGERAKAN KOMPONEN JAMBATAN
Konvoi kenderaan berat yang membawa komponen jambatan dijadualkan bergerak ke tapak di Kubu Gajah pada jam 7.00 malam ini.
Kerja-kerja menurunkan dan menyusun komponen di tapak dijangka bermula sekitar jam 9.00 malam.
📍 STATUS TERKINI
✅ Kerja-kerja pengalihan utiliti telah selesai sepenuhnya.
✅ Kerja-kerja pemasangan batu perlindungan di kawasan tebing sungai telah siap.
🔄 Kerja-kerja penyediaan kawasan untuk penempatan dan penyusunan komponen jambatan sedang dilaksanakan.
🔧 JADUAL PEMASANGAN JAMBATAN
Kerja-kerja pemasangan jambatan sementara sepanjang 36 meter dijadualkan bermula seperti berikut:
📅 Khamis, 12 November 2026
🕘 9.00 pagi
Jambatan sementara ini disasarkan siap selewat-lewatnya pada 24 November 2026, tertakluk kepada keadaan cuaca dan kelancaran kerja di tapak.
⚠️ PERINGATAN KEPADA ORANG AWAM
▪️ Berhati-hati dengan pergerakan lori dan kenderaan berat yang membawa komponen jambatan pada malam ini.
▪️ Elakkan memasuki kawasan tapak kerja yang telah ditutup kepada orang awam.
▪️ Patuhi papan tanda keselamatan serta arahan petugas di lokasi.
▪️ Gunakan laluan alternatif yang telah disediakan sepanjang tempoh pelaksanaan kerja.
JKR Daerah Petaling akan terus berusaha sedaya upaya untuk menyiapkan pemasangan jambatan sementara ini dalam tempoh yang disasarkan agar hubungan laluan dapat dipulihkan dan urusan harian penduduk kembali berjalan seperti biasa.
Terima kasih atas kesabaran, sokongan dan kerjasama semua pihak.
Rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut :





