


Rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut :
https://www.facebook.com/share/p/1dQ81PaKFP/
NOTIS KERJA MEMBAIKI DAN MENURAP SEMULA JALAN 🚧
Dimaklumkan bahawa kerja-kerja membaiki dan menurap semula jalan di Jalan Jambu akan bermula pada 13 November 2026.
Penutupan sebahagian lorong akan dilaksanakan sepanjang tempoh kerja bagi memastikan kelancaran pelaksanaan kerja serta keselamatan pengguna jalan raya.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya memandu dengan berhati-hati serta mematuhi papan tanda keselamatan dan arahan lalu lintas di lokasi.
MAKLUMAT PENUTUPAN SEBAHAGIAN LORONG
📅 Tarikh: 13 – 20 November 2026
⏰ Masa: 10.00 malam – 6.00 pagi
📍 LOKASI KERJA
Sila rujuk peta yang dilampirkan untuk mengetahui lokasi kerja-kerja membaiki dan menurap semula jalan di Jalan Jambu bagi membantu merancang perjalanan serta melancarkan pergerakan anda.
Kerjasama dan kesabaran pengguna jalan raya sepanjang tempoh pelaksanaan kerja amat dihargai.
Terima kasih.
Rujuk pautan berikut untuk maklumat lanjut :
Offer date updated: 8 hours ago
Find information here