BM | EN
Berita Semasa

Upacara Menurunkan Jalur Gemilang dan Mengibarkan Bendera Negeri Selangor di Tiang Bendera Tertinggi Asia Tenggara, Dataran Selangor

UPACARA MENURUNKAN JALUR GEMILANG DAN MENGIBARKAN BENDERA NEGERI SELANGOR DI TIANG BENDERA TERTINGGI ASIA TENGGARA, DATARAN SELANGOR

20 September 2026 – Telah berlangsung satu Upacara Menurunkan Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) dan Mengibarkan Bendera Negeri Selangor di Tiang Bendera Tertinggi Asia Tenggara, Dataran Selangor (The Selangor Square) telah disempurnakan oleh Tentera Laut Diraja Malaysia dengan kekuatan anggota seramai 52 orang.

Upacara ini merupakan satu acara simbolik yang menandakan berakhirnya tempoh pengibaran Jalur Gemilang (Bendera Malaysia) di Tiang Bendera Tertinggi Asia Tenggara, Dataran sempena sambutan kemerdekaan yang ke 69.

Turut hadir bagi menyaksikan detik bersejarah ini ialah Yang Amat Mulia Tengku Sulaiman Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, Tengku Laksamana Selangor, Ahli-Ahli Dewan Di-Raja Selangor, Orang-Orang Besar Istana, Orang-Orang Besar Daerah Klang dan Petaling, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Tuan Ir. Haji Shukri bin Ishak, barisan Pengurusan Tertinggi Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, serta Pegawai-Pegawai Kanan Tentera Laut Diraja Malaysia.

Setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih dirakamkan kepada Tentera Laut Diraja Malaysia, serta seluruh petugas dan semua pihak yang terlibat, atas komitmen, disiplin dan khidmat bakti yang dicurahkan dalam memastikan upacara penuh istiadat ini berlangsung dengan lancar dan sempurna.
 
Semoga segala usaha dan kerjasama yang diberikan menjadi kenangan bermakna dalam menjayakan detik bersejarah ini.
Skip to content