UPACARA MENAIKKAN JALUR GEMILANG DI TIANG BENDERA TERTINGGI MALAYSIA, DATARAN SELANGOR
26 Ogos 2026 – Sempena Sambutan Hari Kebangsaan ke-69, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah berkenan agar Jalur Gemilang dikibarkan di Tiang Bendera Negeri Selangor di Dataran Selangor bermula 26 Ogos sehingga 17 September 2026.
Upacara dimulakan dengan Bintara Panji-Panji melaungkan pengibaran Jalur Gemilang, diikuti tiupan First Call, nyanyian lagu Negaraku dan tiupan Last Call sebagai simbolik penghormatan serta semangat patriotisme kepada negara.
Majlis turut dimeriahkan dengan kehadiran pegawai-pegawai Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor, rakan Media serta Orang-Orang Besar Istana sebelum upacara bermula. Majlis kemudiannya diteruskan dengan sarapan pagi dan bersurai pada jam 10.00 pagi.
Pengibaran Jalur Gemilang di tiang bendera tertinggi Malaysia ini menjadi satu lambang kebanggaan, perpaduan dan kecintaan terhadap tanah air, selain menyemarakkan semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Selangor dan seluruh rakyat Malaysia.