BM | EN
Berita Semasa

Taklimat Sebut Harga Projek Pembinaan Bilik Darjah IBS di bawah Program Menangani Isu Sekolah Berkepadatan Tinggi

494198821_1182990673865186_4358636287381776587_n
29 April 2025 (Selasa) – satu sesi taklimat sebutharga telah diadakan secara atas talian melibatkan 111 bilangan kerja di bawah Program Menangani Isu Sekolah Berkepadatan Tinggi bagi Negeri Selangor . Sesi ini turut disertai oleh JKR Daerah yang terlibat bagi perlaksanaan sebut harga projek ini
 
Sesi taklimat ini dimulakan dengan ucapan pembukaan dan penerangan ringkas mengenai skop keseluruhan projek oleh Jurutera Awam Penguasa Bangunan, Tuan Ir. Badrul Hisham bin Baharom. Sesi diteruskan dengan pembentangan terperinci oleh Ketua-Ketua Pasukan Rekabentuk (HODT) bagi disiplin senibina, struktur, elektrik, mekanikal dan ukur bahan.
 
Kontraktor telah hadir secara fizikal di lokasi-lokasi JKR Daerah yang terlibat. Selain itu, pihak JKR Daerah masing-masing turut memberikan penjelasan lanjut secara bersemuka kepada para kontraktor yang hadir. Secara keseluruhan, sesi ini telah dihadiri oleh seramai 446 kontraktor kelas G2 dan 365 kontraktor kelas G3.
 
Skip to content