BM | EN
Berita Semasa

Sesi Libat Urus Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia Bersama JKR Negeri Selangor

Bomba_

SHAH ALAM, 12 JUN 2025 – Telah berlangsung Sesi Libat Urus Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia bersama JKR Negeri Selangor bertempat di Bilik Mesyuarat Mawar, Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor yang diketuai oleh YAS Tuan Othman Bin Abdullah, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM bersama barisan Pegawai Kanan dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Delegasi JBPM telah disambut mesra oleh YBrs. Ir. Hj. Shukri Bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor, Tn. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria, Timbalan Pengarah, Ir Badrul Hisham Bin Baharom, Jurutera Awam Penguasa (Bangunan) serta Sr Imilia Binti Kordi, Juruukur Bahan Penguasa (BKUB). Sesi libat urus ini turut dihadiri oleh Ir Lee Sheau Feng, Jurutera Awam Penguasa Kanan Caw. Kejuruteraan Infrastruktur Pengangkutan (CKIP) JKR Malaysia bersama beberapa pegawai dari CKIP.

Sesi Libat Urus ini membincangkan isu – isu berkaitan projek pembangunan di bawah Jabatan Bomba dan Penyelamat. Sesi ini menjadi platform bagi pertukaran pandangan, merangka solusi dan mengukuhkan sinergi untuk kesejahteraan semua. Kerjasama strategik ini diharap dapat meningkatkan lagi keberkesanan perkhidmatan kepada rakyat.

Dikemaskini: 9 Jul 2025, 12:05 pm - Unit Korporat | 1505 capaian
Skip to content