SESI LIBAT URUS DI ANTARA JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR (JKR) & PERBADANAN PERPUSTAKAAN AWAM SELANGOR (PPAS) BERSAMA DATUK BANDAR MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)
5 Jun 2026 – JKR Selangor dan PPAS telah berkunjung ke MBSA bagi sesi libat urus berkaitan hala tuju projek-projek PPAS.
Sesi yang berlangsung di Wisma MBSA ini bertujuan membincangkan hala tuju pelaksanaan projek-projek PPAS. Melalui sesi perbincangan ini, Pengarah JKR Selangor dan Pengarah PPAS berpeluang berkongsi pandangan mengenai pencapaian projek, status kemajuan projek yang sedang dalam peringkat pelaksanaan, serta dapat membincangkan isu mengenai permohonan Kebenaran Merancang dan Pelan Bangunan bagi projek-projek di peringkat perancangan.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada MBSA atas kerjasama yang diberikan serta pandangan yang membina berkaitan hala tuju projek-projek PPAS.
JKR Selangor akan terus komited dalam memperkukuh kerjasama strategik bersama agensi berkaitan dan pihak industri bagi memastikan pembangunan infrastruktur negeri dilaksanakan secara mampan, berkualiti dan memberi manfaat kepada kesejahteraan rakyat.