BM | EN
Berita Semasa

Program Turun Padang YB Menteri Kerja Raya ke Projek Naik Taraf Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan (FT002)

PROGRAM TURUN PADANG YB MENTERI KERJA RAYA KE PROJEK NAIK TARAF LORONG MOTOSIKAL LEBUHRAYA PERSEKUTUAN (FT002)

21 Mei 2026 (Khamis) – Program Turun Padang YB Menteri Kerja Raya ke Projek Naik Taraf Lorong Motosikal Lebuhraya Persekutuan (FT002) telah diadakan bagi meninjau pelaksanaan kerja-kerja menaik taraf lorong motosikal demi meningkatkan keselamatan dan keselesaan pengguna jalan raya.

Program ini turut dihadiri oleh YB Exco Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor bersama Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Infra), pegawai – pegawai kementerian kerja raya dan pegawai – pegawai JKR. Program ini turut dihadiri Ahli Parlimen Shah Alam, ADUN Batu Tiga dan ADUN Subang Jaya. Konvoi motosikal ini melibatkan anggaran seramai 30 orang peserta.

Projek ini melibatkan jajaran sepanjang 48 kilometer (dua hala) merangkumi Daerah Klang dan Daerah Petaling dengan skop kerja termasuk membaik pulih permukaan jalan, menaik taraf sistem perparitan, penggantian penghadang jalan, pemasangan lampu solar ISLED serta pembinaan tempat berteduh penunggang motosikal.

Dengan nilai keseluruhan RM20 juta, projek ini dijangka memberi manfaat besar kepada penunggang motosikal dari aspek keselamatan, keselesaan dan kelancaran perjalanan harian, selaras dengan komitmen Kerajaan MADANI dalam memperkukuh pembangunan infrastruktur berorientasikan rakyat.

Skip to content