BM | EN
Berita Semasa

Penilaian Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Negeri Terbaik Tahun 2025

Inovasi1
28 Mei 2025 – telah berlangsung Lawatan Panel Penilai Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Negeri Terbaik Tahun 2025 bertempat di Dewan Anggerik, Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor. Lawatan Penilaian ini diketuai Tn. Ir. Hj. Abdul Rani bin Harun, Jurutera Awam Penguasa Kanan CDPK JKR Malaysia, Pn. Juhanis binti Mohd Alias Jurutera Elektrik Kanan CKE JKR Malaysia, Pn. Nur Akidah binti Zahari, Pegawai tadbir & Diplomatik CDPK, Ir. Abdrul Rahman bin Abdullah, Jurutera Mekanikal Kanan CASKT,dan Pn Noraida binti Yusof Jurutera Awam Penguasa CKP, JKR Malaysia.
 
Lawatan panel penilai ini telah disambut oleh Tn. Ir. Zawawi bin Zakaria, Timbalan Pengarah JKR Selangor bersama barisan Ketua Bahagian JKR Selangor dan Penyelaras Anugerah Inovasi serta wakil bahagian JKR Selangor.
 
Anugerah Inovasi Pengurusan JKR Negeri Terbaik 2025 merupakan salah satu kategori utama dalam Anugerah Inovasi JKR Malaysia (AIJ) yang akan dipertandingkan sempena Persidangan Pegawai Kanan (SOC) JKR Malaysia 2025. Persidangan ini dijadualkan berlangsung pada bulan Julai 2025 di Negeri Terengganu.
 
Semoga pada tahun ini kejayaan menjadi milik JKR Selangor setelah merangkul gelaran Naib Johan pada tahun lepas.
 
Dikemaskini: 2 Jul 2025, 04:22 pm - Unit Korporat | 1356 capaian
Skip to content