Dimaklumkan bahawa penutupan sementara satu (1) lorong arah Kuala Lumpur akan dilaksanakan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja membaru muka jalan di Jalan Kuala Lumpur – Tanjung Malim (FT001), dalam had senggara Pemaju Setia Eco Templer Sdn. Bhd.
Butiran penutupan adalah seperti berikut:
- Tarikh: 2 November 2026 hingga 4 November 2026
- Masa: 10.00 malam hingga 5.00 pagi
Sehubungan itu, pengguna jalan raya dinasihatkan supaya merancang perjalanan lebih awal, mematuhi papan tanda amaran serta arahan petugas lalu lintas di kawasan kerja bagi memastikan kelancaran trafik dan keselamatan semua pihak.
Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang mungkin timbul dan mengucapkan terima kasih atas kerjasama serta perhatian semua pengguna jalan raya.
KESELAMATAN JALAN RAYA TANGGUNGJAWAB BERSAMA.
ARAHAN JURUTERA DAERAH
JABATAN KERJA RAYA DAERAH GOMBAK





