Dimaklumkan bahawa Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Gombak akan melaksanakan penutupan satu (1) lorong secara berperingkat di laluan FT37 Jalan Rawang Bypass.
Penutupan lorong ini dilakukan bagi memberi laluan kepada kerja-kerja mengecat semula garisan jalan serta kerja-kerja berkaitan. Butiran pelaksanaan kerja adalah seperti berikut:
-
Tarikh: 31 Oktober – 7 November 2026
-
Masa: 10.00 pagi hingga 3.00 petang
-
Lokasi Terlibat: FT37 Jalan Rawang Bypass
Peringatan kepada Pengguna Jalan Raya: Semua pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati, mematuhi papan tanda keselamatan, serta mengikuti arahan pengawal lalu lintas yang bertugas di tapak projek. Rancang perjalanan anda terlebih dahulu bagi mengelakkan sebarang kelewatan.
Pihak JKR Gombak memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi. Kerjasama dan kesabaran para pengguna jalan raya amat dihargai.
Arahan: Jurutera Daerah, JKR Gombak





