BM | EN
Berita Semasa

Mesyuarat Penyelarasan & Pemantauan Penyenggaraan Kuarters Persekutuan di Bawah Kawalan Kementerian Kerja Raya Bil. 2/2025

TKSU Dasar1
30 Jun 2025 – telah berlangsung Mesyuarat Penyelarasan Dan Pemantauan Penyenggaraan Kuarters Persekutuan, Bil. 02/2025 dengan kerjasama JKR Selangor selaku tuan rumah bertempat di Bilik Mesyuarat Tanjung, Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Ybhg. Dato’ Mohd Sakeri Bin Abdul Kader, Timbalan Ketua Setiausaha Dasar & Pembangunan Kementerian Kerja Raya. Turut hadir bersama barisan Pegawai dari Bahagian Pengurusan Fasiliti KKR dan juga Pengarah Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan JKR Malaysia serta Pengarah-Pengarah JKR Negeri.

Tujuan mesyuarat ini diadakan bagi menyelaras pelaksanaan kerja penyelenggaraan Kuarters Persekutuan di bawah kawalan Kementerian Kerja Raya. Antara perkara utama yang dibincangkan termasuk prestasi kewangan dan fizikal semasa, isu-isu penyenggaraan kuarters, mengenal pasti kategori kuarters-kuarters yang kritikal dan sangat kritikal serta cadangan penyelesaian.

JKR Selangor merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terlibat atas komitmen dan kerjasama yang diberikan. Diharapkan mesyuarat ini dapat membantu meningkatkan kecekapan dan mutu kerja penyelenggaraan kuarters persekutuan secara berterusan.

Dikemaskini: 14 Jul 2025, 12:07 pm - Unit Korporat | 1651 capaian
Skip to content