BM | EN
Berita Semasa

Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Meroboh dan Membina Semula Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Kajang, Selangor telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor

π— π—”π—π—Ÿπ—œπ—¦ π—¦π—˜π—₯𝗔𝗛𝗔𝗑 𝗦𝗨π—₯𝗔𝗧 π—¦π—˜π—§π—¨π—π—¨ π—§π—˜π—₯π—œπ— π—” (𝗦𝗦𝗧)

4 Mac 2026 – Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Menyiapkan Baki Kerja Meroboh dan Membina Semula Masjid Jamiurrahmah, Kampung Limau Manis, Sungai Merab, Kajang, Selangor telah disempurnakan oleh YAB Dato’ Seri Amirudin Shari, Menteri Besar Selangor.

Majlis ini turut dihadiri oleh YB Dato’ Dr. Ahmad Fadzli Ahmad Tajuddin, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, YB Dato’ Dr. Haniff Zainal Abidin, Pegawai Kewangan Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Khidir Majid, Pengarah Pembangunan Negeri, Ir. Haji Shukri bin Ishak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor, Dato’ Haji Mohd Shahzihan Ahmad, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) serta wakil jawatankuasa pembangunan masjid dan pihak kontraktor.

Dalam ucapannya, Pengarah JKR Negeri Selangor memaklumkan projek ini akan dilaksanakan oleh Sri Sekamat Enterprise Sdn. Bhd. dengan kos kontrak RM6.93 juta, bermula 1 April 2026 dan dijangka siap pada 16 September 2027.

Sementara itu, YAB Menteri Besar Selangor menzahirkan harapan agar projek ini dapat disiapkan mengikut tempoh, kos dan kualiti yang ditetapkan demi manfaat masyarakat setempat serta memperkukuh kemudahan ibadah di kawasan tersebut.

Masjid yang dibina semula ini bakal menampung sehingga 1,200 jemaah serta dilengkapi pelbagai kemudahan bagi kegunaan komuniti setempat.

Skip to content