BM | EN
Berita Semasa

Majlis Perasmian Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor (PETUNAS)

Petaling Jaya, 20 Julai 2025 – Pengarah JKR Selangor telah menghadiri jemputan Majlis Perasmian Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor (PETUNAS) pagi tadi. Majlis perasmian ini telah dirasmikan oleh Timbalan SUK (Pembangunan) Negeri Selangor merangkap Pengarah UPEN, YBhg. Dato’ Johary Anuar, bagi mewakili Menteri Besar Selangor.

Pusat Pengembangan Turath Nusantara Selangor ini bertempat di tapak lokasi bekas Kompleks Mahkamah Rendah Syariah, Petaling Jaya di mana JKR Selangor telah dilantik sebagai agensi pelaksana bagi kerja- kerja pembaikan dan memulihara bangunan asrama dan surau yang tidak digunakan lagi.
Kerja- kerja pembaikan dan memulihara telah bermula pada bulan April 2025 yang lepas dan disiapkan lebih awal daripada yang dirancang. Usaha dan komitmen semua pihak dengan pemantauan khusus daripada Timbalan Pengarah JKR Negeri Selangor, Bahagian Bangunan, Bahagian Arkitek, Caw. Kej. Elektrik, Caw. Kej. Mekanikal dan JKR Daerah Petaling telah banyak membantu menjayakan dan melaksanakan kerja- kerja ini.
Majlis perasmian ini turut dihadiri oleh Setiausaha MAIS, YBrs. Tuan Mohd Sabirin Mohd Sarbini (mewakili Pengerusi MAIS), Ketua Pegawai Eksekutif MBI Selangor, YBhg. Dato’ Ts. Saipolyazan M Yusop, Pegawai Atasan PETUNAS, Sheikh jemputan dari luar negara, pegawai- pegawai MAIS, JKR dan kontraktor.
Dikemaskini: 5 Aug 2025, 03:43 pm - Unit Korporat | 2694 capaian
Skip to content