Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST)
PROJEK : KERJA-KERJA PEMBAIKAN DAN NAIKTARAF SIVIL, ELEKTRIK DAN MEKANIKAL BANGUNAN REPLIKA DAN BANGUNAN KELAB SULTAN SULAIMAN, KAMPONG BARU, KUALA LUMPUR
KONTRAKTOR : BAKTI SUCI PROPERTIES SDN BHD.
29 Januari 2025 – Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) telah disempurnakan oleh Tuan Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Negeri Selangor dan disaksikan oleh Puan Sr. Imilia Binti Kordi, Juruukur Bahan Penguasa Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan JKR Negeri Selangor. Turut hadir Puan Ir. Azura Hanim Binti Sulaiman, Jurutera Daerah JKR Daerah Gombak serta wakil daripada Bahagian Bangunan (HOPT) dan Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan JKR Negeri Selangor.
Majlis diakhiri dengan penyerahan dokumen SST kepada pihak kontraktor sebagai simbolik permulaan pelaksanaan projek.
Diharapkan projek ini dapat dilaksanakan dengan lancar, menepati spesifikasi, mematuhi tempoh yang ditetapkan serta memberi manfaat jangka panjang kepada pemeliharaan bangunan bersejarah dan kesejahteraan komuniti setempat. Semoga kerjasama yang terjalin ini menjadi pemangkin kepada kejayaan projek dan kecemerlangan penyampaian perkhidmatan JKR Negeri Selangor.