MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST)
PROJEK : MENAIK TARAF BANGUNAN KULLIYYAH EKONOMI DAN SAINS PENGURUSAN DI KAMPUS GOMBAK, UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA (UIAM), SELANGOR DARUL EHSAN
KONTRAKTOR : PRIVILAGE SAGA SDN. BHD.
8 Julai 2026 (Rabu) – Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Selangor. Turut hadir bersama Puan Sr. Noor Khazrillah binti Ramli, CQS – Juruukur Bahan Penguasa, Bahagian Kontrak dan Ukur Bahan JKR Negeri Selangor, Puan Ir. Ts. Suhaila binti Hj. Suboh, daripada Bahagian Bangunan (HOPT), Ar. Wan Mohammad Norshah bin Abdul Satar, Arkitek Penguasa , Sazrul Leena binti Sa’adin Jurutera Daerah, JKR Gombak,Ir. Mohd Hasrul Fadly bin Sulaiman, dari Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan, En. Umar Abdul Aziz bin Muhammad Radzi, dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia serta En. Mohammad Hafizuddin Abd Rahman dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.
Semoga pelaksanaan projek ini berjalan lancar mengikut perancangan, menepati skop, kos dan tempoh yang ditetapkan, serta mencapai standard kualiti yang telah digariskan. Diharapkan kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat akan terus diperkukuh demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan seterusnya memberi impak positif serta manfaat berpanjangan.