BM | EN
Berita Semasa

Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) bagi Projek Menangani Isu Sekolah Berkepadatan Tinggi di Pelbagai Negeri

SST Mega

SHAH ALAM, 05 JUN 2025 – Yang Berhormat Datuk Seri Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kerja Raya telah hadir ke Majlis Penyerahan Surat Setuju Terima (SST) Perdana bagi Projek Menangani Isu Sekolah Berkepadatan Tinggi di Pelbagai Negeri yang berlangsung di Dewan Seroja, Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor.

Majlis ini turut dihadiri oleh Ketua Pengarah Kerja Raya, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), serta pegawai-pegawai kanan dari KPM, Kementerian Kerja Raya (KKR) dan JKR Malaysia. Sejumlah 127 surat setuju terima (SST) telah diserahkan kepada kontraktor yang berjaya bagi pelaksanaan projek naik taraf ini di enam buah negeri, iaitu Selangor, Perak, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu dan Pulau Pinang. Bagi negeri Selangor sahaja, sebanyak 111 kontraktor telah hadir dan menerima SST. Pelaksanaan projek ini akan menggunakan reka bentuk berkonsepkan Industrialized Building System (IBS) dengan tempoh pembinaan yang jauh lebih singkat dan murah.

Dengan penyiapan projek ini kelak, ia mewujudkan ekosistem pengajaran dan pembelajaran yang lebih kondusif untuk murid, guru dan seluruh warga sekolah.
Dikemaskini: 2 Jul 2025, 04:47 pm - Unit Korporat | 3795 capaian
Skip to content