BM | EN
Berita Semasa

Majlis Penyerahan (SST) Menaiktaraf Jalan ke SMK Tiram Jaya, Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

MAJLIS PENYERAHAN SURAT SETUJU TERIMA (SST)

Projek : Menaiktaraf Jalan ke SMK Tiram Jaya, Tanjung Karang, Daerah Kuala Selangor, Selangor Darul Ehsan

11 Ogos 2026 – Majlis Serahan Surat Setuju Terima (SST) telah disempurnakan oleh YBrs. Ir. Haji Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Selangor. Turut hadir bersama Sr. Noor Khazrillah binti Ramli, Juruukur Bahan Penguasa JKR Negeri Selangor, Ir. Mohd. Syukri bin Md. Hanafiah, Jurutera Awam Penguasa Jalan (HOPT) dan Ir. Mohamad Azreen bin Hamidiah, Jurutera Daerah JKR Kuala Selangor.

Semoga pelaksanaan projek ini berjalan lancar mengikut perancangan, menepati skop, kos dan tempoh yang ditetapkan, serta mencapai standard kualiti yang telah digariskan. Diharapkan kerjasama erat antara semua pihak yang terlibat akan terus diperkukuh demi memastikan penyampaian perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan dan seterusnya memberi impak positif serta manfaat berpanjangan.
Skip to content