BM | EN
Berita Semasa

Majlis Penyerahan Projek Siap Membina Asrama Pelatih Institut Latihan Perhutanan (Fortrain)

Asrama Perhutanan
Majlis Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Ybrs. Ir. Mohd Zawawi Bin Zakaria, Timbalan Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor dan Ybhg. Dato’ Hj. Zahari Bin Ibrahim Ketua Pengarah Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia.
 
Majlis Turut Dihadiri Oleh Ybrs. Tuan Hj. Ramli Bin Mat Pengarah Bahagian Latihan Perhutanan Kepong,  Ybrs. Puan Siti Maizura Binti Mahbob Arkitek Penguasa Kanan Bahagian Pengurusan Projek Kumpulan 4 Cawangan Kerja Bangunan Awam 2 , Ybrs. Ir. Hajjah Azura Hanim Binti Sulaiman Jurutera Daerah JKR Gombak selaku Pegawai Penguasa Projek, Ybrs. Tuan Imran Ariff bin Sulaiman Arkitek Penguasa Kanan selaku HODT Arkitek, Ybsr. Ir. Mohd Maarif Bin Abdul Malik Jurutera Mekanikal Kanan selaku WPP Mekenikal dan Ybrs. Encik Abdul Rahim Bin Sahari Pengarah Urusan Jutabina Sempurna Sdn. Bhd. Selaku Kontraktor Utama serta wakil dari BS Bina Resources selaku sub kontraktor dinamakan bagi kerja mekanikal.
 
Turut hadir memeriahkan majlis ini adalah pegawai-pegawai dan kakitangan dari Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, Bahagian Latihan Perhutanan Kepong, Ibu pejabat JKR Malaysia, JKR Selangor dan JKR Daerah Gombak. Pihak Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2) telah dilantik sebagai Pengurus Program & Penolong Pengurus Program, Bahagian Pengurusan Projek Kumpulan 4 (CKBA 2) sebagai Head of Project Team (HOPT) dan pasukan Head of Design Team (HODT) terdiri daripada Cawangan Arkitek, Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Cawangan Kejuruteraan Mekanikal, Cawangan Kejuruteraan Awam dan Struktur dari Ibu Pejabat JKR Malaysia. Manakala Jurutera Daerah Gombak selaku Pegawai Penguasa Projek, Wakil Pengawai Penguasa (WPP) Utama iaitu Jurutera Bangunan JKR Gombak, WPP Arkitek dari Bahagian Arkitek JKR Selangor, WPP Mekanikal dari Cawangan Kejuruteraan Mekanikal JKR Selangor dan WPP Elektrik dari Cawangan Kejuruteraan Elektrik di JKR Selangor.
 
Projek ini dilaksanakan kaedah perolehan secara Konvensional Dalaman dengan kos kontrak asal sebanyak RM 16,831,313.00 dan Kos Kontrak Terlaras sebanyak RM19,262,193.12 dengan peningkatan kos sebanyak RM2,430,880.12. Tempoh perlaksanaan bagi menyiapkan projek ini adalah selama 4 Tahun 1 hari iaitu bermula pada 17 Februari 2021 dan berjaya disiapkan sepenuhnya pada 18 Februari 2025 iaitu Awal 1 Hari dari Tarikh Jangka Siap pada 19 Februari 2025. Skop yang terlibat terdiri daripada: –
 
Komponen Utama Pembangunan
 
a) 1 Blok Bangunan Asrama Lelaki (untuk menampung 114 bilangan pelatih)
b) 1 Blok Bangunan Asrama Perempuan (untuk menampung 82 bilangan pelatih)
c) 1 Blok Kuarters Berkembar Kelas E (2 tingkat)
d) 1 Blok Bangunan Surau Untuk 100 Jemaah
e) 1 Blok Pondok Pengawal
f) 1 Blok Rumah Pam dan Rumah Sampah (bersekali)
g) 1 Blok Wakaf
 
Komponen kerja Luar Bangunan terdiri:
 
a) On Site Detention (Below Ground)
b) Sewerage Treatment System (STP) berkapasiti 210 PE
c) Tangki Air Domestik dan Tangki Sedutan
d) Tembok Penahan Rubblewall
e) 53 petak parkir kereta dan 22 petak motorsikal termasuk 2 petak parkir OKU
Projek ini juga telah dibina dengan menaiktaraf sistem pendawaian elektrik seperti Low Voltage (LV) system, Extra Low Voltage (ELV) system dan ICT system.
 
Projek ini akan memberi manfaat kepada pihak pengurusan Bahagian Latihan Perhutanan (Fortrain) bagi menyediakan kemudahan yang lebih sempurna kepada pusat latihan perhutanan dan berimejkan moden dari segi rekabentuk. Seterusnya, dapat memperkasakan fungsi Institut Latihan Perhutanan serta dapat menampung pertambahan bilangan pelatih yang mengikuti kursus di Bahagian Latihan Perhutanan (Fortrain).
Dalam usaha JKR memberikan produk akhir kepada pelanggan, penambahbaikan dalam pengurusan projek sentiasa diberi penekanan dan perhatian yang khusus.
 
JKR sentiasa berusaha dalam memenuhi keberkesanan pengurusan projek dengan menambaik pencapaian agar projek yang dilaksanakan JKR dapat disiapkan memenuhi kriteria 3 dalam 1 iaitu:
 
1. Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC)
2. Lukisan Siap Bina (As built drawing)
3. Penyata Akaun Muktamad (SOFA)
Dengan beberapa pencapaian lain:
a. Projek Siap Awal – 1 Hari
b. Penilaian Kepuasan Pelanggan sebanyak 95 %
c. Operation and Maintenance Manual
d. Zero Major Defect
e. 262, 880 manhours Loss Time Injuries (Zero LTI) – Sifar kemalangan
f. Coffee Table Book
g. Penilaian Architectural Quality and Performance Inspection (AQPI)
h. Penyerahan Projek Kepada Pelanggan dalam tempoh 3 bulan selepas CPC
 
Setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan diucapkan kepada kepada pasukan projek JKR iaitu Cawangan Kerja Bangunan Am 2 (CKBA 2) daripada Ibu Pejabat JKR Malaysia selaku Pengurus Program & Penolong Pengurus Program, Bahagian Pengurusan Projek Kumpulan 4 (CKBA 2) selaku HOPT, JKR Daerah Gombak selaku Pegawai Penguasa Projek, HODT dan WPP Arkitek, Mekanikal dan Elektrik serta semua kakitangan yang terlibat dalam menjayakan projek ini Selain itu, ucapan tahniah kepada Jutabina Sempurna Sdn. Bhd. Selaku Kontraktor Utama dan wakil dari BS Bina Resources selaku sub kontraktor dinamakan bagi kerja mekanikal kerana telah berjaya menyiapkan projek ini dengan komited.
 
Turut tidak dilupakan, ucapan tahniah dan terima kasih kepada Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia dan syarikat utiliti seperti TNB, IWK dan Air Selangor yang telah sama-sama menggembeling tenaga memberi kerjasama dalam membantu melaksanakan projek ini siap dengan jayanya.
Dikemaskini: 30 Apr 2025, 12:12 pm - Unit Korporat | 396 capaian
Skip to content