BM | EN
Berita Semasa

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Sekolah Baharu 42 Bilik Darjah dan Kemudahan Lain Mengikut Piawai di SMK Kota Warisan

Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Sekolah Baharu 42 Bilik Darjah dan Kemudahan Lain Mengikut Piawai di SMK Kota Warisan, Sepang, Selangor kepada Kementerian Pendidikan Malaysia

4 Mei 2026 (Isnin) – Satu majlis penyerahan projek siap iaitu Pembinaan Sekolah Baharu 42 Bilik Darjah dan Kemudahan Lain Mengikut Piawai di SMK Kota Warisan, Sepang, Selangor telah dilaksanakan oleh Jabatan Kerja Raya Selangor kepada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Majlis penyerahan ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Ts. Dr. Hj. Aminuddin bin Hassim, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia dengan diiringi oleh YBhg. Datin Wan Nor Ashikin binti Abu Kassim, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Selangor. Penyerahan projek ini telah disempurnakan melalui sesi menandatangani dokumen perakuan penyerahan projek serta simbolik penyerahan replika kunci oleh YBrs. Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah Jabatan Kerja Raya Selangor kepada YBrs. Tn. Mohd Radzuan bin Abdul Manaf, Setiausaha Bahagian Pembangunan, KPM yang turut disaksikan bersama oleh pegawai – pegawai dari KPM, JPN, PPD Sepang, Pasukan Penyeliaan JKR Selangor, JKR Ibu Pejabat, perunding dan kontraktor.

Projek SMK Kota Warisan ini telah dibina di atas tapak berkeluasan 12.4 ekar di bawah Rolling Plan 1, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP1 RMK-12) dengan Tarikh Milik Tapak (TMT) pada 13 Januari 2023 dan telah berjaya disiapkan dengan pengeluaran Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) pada 21 April 2026. Kaedah pelaksanaan adalah secara Konvensional Perunding (Lead Consultant).

Skop projek merangkumi pembinaan 42 bilik darjah serta pelbagai kemudahan lain mengikut piawaian yang telah ditetapkan, termasuk bangunan pentadbiran, blok pendidikan khas (PPKI), makmal, bengkel, dewan, surau, kantin dan kemudahan sokongan yang berkaitan.

Pembinaan projek ini dikawalselia oleh Pasukan Projek Persekutuan Negeri (PPPN) JKR Selangor dan projek ini turut mencatat pencapaian seperti berikut iaitu :-

1) Sijil Perakuan Siap Kerja (Certificate of Practical Completion – CPC)
2) Certificate of Completion and Compliance, (CCC)
3) Lukisan Siap Bina (As-built Drawing)
4) Dokumen Pendaftaran Aset (Asset Tagging & Registration)
5) Certificate & Product Warranty, Operation & Maintenance (O&M)
6) Sijil Sistem Penilaian Keselamatan dan Kesihatan dalam Pembinaan (SHASSIC) oleh CIDB dengan skor 76% bersamaan dengan Tiga (3) Bintang
7) Zero Lost Time Injuries (LTI)

Jabatan Kerja Raya akan terus komited memastikan setiap projek infrastruktur dilaksanakan secara profesional, mematuhi garis panduan pembangunan tempatan serta menepati piawaian kualiti serta menepati kos yang ditetapkan demi meningkatkan penyampaian perkhidmatan pendidikan yang terbaik kepada rakyat.

687884628_1501780888652828_6462959578096833880_n
Skip to content