Majlis Mega Penyerahan Lantikan Kontraktor Bagi Kerja-Kerja ‘Quick Win’ Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB)
11 Mei 2026 (Isnin) – Penganjuran Program Mega Penyerahan Lantikan Kontraktor Bagi Kerja-Kerja ‘Quick Win’ Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan (CSFB) Bil. 2/2026 menjadi simbolik kepada kesungguhan Jabatan Kerja Raya (JKR) Malaysia untuk terus memacu kecemerlangan dalam pengurusan aset Mindef dalam aspek Operasi dan Penyelenggaraan (O&M).
Majlis yang berlangsung dengan di Dewan Anggerik JKR Selangor hari ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Bangunan) dan turut dipancarkan secara langsung melalui Facebook Live JKR Malaysia.
Melalui strategi serampang dua mata di bawah inisiatif ‘Quick Win’, JKR komited menyiapkan projek penyelenggaraan bangunan tentera dalam tahun semasa dengan kualiti teknikal yang unggul,serta menjamin keselesaan yang sempurna buat anggota tentera
Dalam amanatnya bagi Program Mega Penyerahan Lantikan Kontraktor CSFB Bil. 2/2026, Timbalan Ketua Pengarah Kerja Raya (Sektor Bangunan) telah menegaskan tiga perkara utama kepada pihak kontraktor yang menyelenggara fasiliti Kementerian Pertahanan (MINDEF), iaitu:
• Bagi Keseluruhan program Mega Penyerahan ini melibatkan 279 skop kerja yang bernilai keseluruhan mencecah RM26 Juta (melibatkan 215 unit Inden dan 64 unit SST). Beliau memaklumkan bahawa, Komitmen berterusan JKR sebagai rakan strategik kepada pihak Kementerian Pertahanan (MINDEF) dalam memastikan penyelenggaraan aset sentiasa berada pada tahap standard tertinggi.
Beliau juga turut menekanan kontraktor terhadap tiga perkara utama iaitu komitmen yang jitu, ketepatan masa demi kesiapsiagaan operasi ketenteraan, serta penghasilan kualiti kerja tanpa kompromi.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran barisan wakil pelanggan Markas Tentera Darat, Laut, Udara dan Markas ATM serta Pengarah Negeri Selangor selaku tuan rumah, YBrs. Ir. Ts. Fadzilah Binti Sulaiman, Yang Menjalankan Tugas Pengarah CSFB Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Ketua Bahagian CSFB serta semua Ketua Unit Tentera JKR Malaysia.
Turut hadir wakil-wakil Agensi Persekutuan dan Negeri, Barisan Pengurusan Atasan JKR Selangor Darul Ehsan, wakil-wakil kontraktor serta warga BFBT, UTN, Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan dan warga JKR Selangor.