
14 Mac 2025 (Jumaat) – Bertempat di Dewan Seroja, Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor telah berlangsung Majlis Iftar JKR Selangor yang dihadiri oleh Ybrs. Tn. Ir. Hj. Shukri bin Ishak Pengarah JKR Negeri Selangor bersama Barisan Pengurusan Tertinggi serta Pegawai & Kakitangan JKR Negeri Selangor.
Majlis diserikan dengan kehadiran 35 Pelajar Tahfiz termasuk Tenaga Pengajar dari Darul Tahfiz Ummul Qura, Jalan Kebun, Shah Alam dan Anak-anak Yatim dari kalangan anak warga JKR Selangor.
Majlis dimulakan dengan Tazkirah Ramadan bertajuk ” Ganjaran & Nikmat Yang Terabai” yang disampaikan oleh Ustaz Ulul Abshor bin Zahwan, seterusnya solat fardhu & Terawikh secara berjemaah.
Dikesempatan itu, Pengarah JKR Selangor turut membuat Gimik Serahan Program CSR “Cahaya Ramadan” anjuran AKRAB JKR Selangor bersama Asnaf di Pusat Komuniti Warung Makan Sahabat, Chow Kit, Kuala Lumpur dan seterusnya memberi sumbangan Hari Raya kepada Pelajar Tahfiz & Anak Yatim yang hadir.





