
18 Februari 2025 (Selasa) – Bertempat di Dewan Seroja Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor telah berlangsung Majlis Cabutan Undi Bil. 1/2025 Cawangan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor yang disempurnakan oleh YB Dato’ Ir. Izham Bin Hashim, Exco Infrastruktur & Pertanian Kerajaan Negeri Selangor turut bersama mengiringi Ybrs. Tn. Ir. Ismail bin Hashim Pengarah Kanan Caw. Kejuruteraan Elektrik, Ibu Pejabat JKR Malaysia dan Pn. Sabrina binti Adnan Timbalan Pegawai Kewangan Negeri Selangor.
Majlis turut dihadiri oleh Ybrs. Tn. Ir. Hj. Shukri bin Ishak Pengarah JKR Selangor, Tn. Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria Timbalan Pengarah JKR Selangor serta Pegawai – Pegawai Kanan di Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor.
Pada majlis ini sebanyak 199 kontraktor telah berjaya melepasi tapisan yang ditetapkan daripada 265 kontraktor yang mendaftar dengan 186 bilangan tajuk kerja yang telah disenaraikan.
Syabas & Tahniah diucapkan kepada kontraktor yang berjaya. JKR Selangor sentiasa komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pengguna Jalan Raya.




