BM | EN
Berita Semasa

MAJLIS ASPIRASI PENGARAH JABATAN KERJA RAYA NEGERI SELANGOR TAHUN 2025

Aspirasi 1
20 Januari 2025
Telah Berlangsung Majlis Aspirasi Pengarah Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor Tahun 2025 di Dewan Seroja, Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor. Ucapan disampaikan oleh Ybrs. Tn. Ir. Hj. Shukri bin Ishak , Pengarah JKR Selangor turut hadir bersama Tn. Ir. Zawawi bin Zakaria, Timb. Pengarah serta Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah serta seluruh warga kerja JKR Selangor secara fizikal dan maya.
Disamping itu, dalam majlis ini Tuan Pengarah telah meluncurkan satu nilai teras yang diterjemahkan dalam satu perkataan iaitu CEKAP yang digagaskan sebagai CEPAT, EFEKTIF, KREATIF, AMANAH & PRIHATIN. Dari sudut definisi CEKAP ini membawa maksud “Kemampuan, Kesanggupan, Kebolehan & Kepantasan melakukan sesuatu dengan Cepat & Sempurna”.
Selain itu, dalam majlis ini, turut meraikan Pegawai yang dinaikkan pangkat, Pengiktirafan Profesional serta Perasmian Dewan Seroja, Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor.
Diakhir majlis ini, Pelancaran Tabung “Jalinan Kasih Ramadan” bersempena kedatangan Bulan Ramadan tahun ini telah disempurnakan oleh Tuan Pengarah bersama Timb. Pengarah JKR Selangor.
 
 
Aspirasi 5
Dikemaskini: 17 Feb 2025, 11:26 am - Unit Korporat | 411 capaian
Skip to content