Majlis Aspirasi Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor yang telah berlangsung pada 6 Februari 2026 merupakan platform rasmi jabatan bagi menyampaikan hala tuju strategik serta memperkukuh kefahaman, kesepaduan dan komitmen seluruh warga kerja terhadap aspirasi dan matlamat organisasi.
Penyampaian Aspirasi JKR Negeri Selangor telah disampaikan oleh Tuan Ir. Shukri bin Ishak, dan majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Pengarah JKR Selangor Tuan Ir. Mohd Zawawi bin Zakaria, barisan Ketua-Ketua Bahagian, Jurutera-Jurutera Daerah serta seluruh warga JKR Negeri Selangor. Penganjuran majlis ini menjadi wadah penting dalam menyelaraskan visi kepimpinan jabatan dengan pelaksanaan tugas di semua peringkat.
Majlis ini mencerminkan usaha berterusan JKR Negeri Selangor dalam memperkasa tadbir urus yang berintegriti, meningkatkan tahap profesionalisme warga kerja serta memacu kecemerlangan dalam penyampaian perkhidmatan kejuruteraan yang berkualiti, berdaya saing dan mampan.
Seiring dengan aspirasi yang digariskan, JKR Negeri Selangor berharap agar seluruh warga kerja dapat menghayati dan menterjemahkan hala tuju ini dalam pelaksanaan tugas harian, seterusnya memperkukuh budaya kerja berpasukan, akauntabiliti dan inovasi. Diharapkan usaha bersepadu ini akan terus menyokong agenda pembangunan Negeri Selangor serta memenuhi keperluan dan kesejahteraan rakyat secara berkesan dan berterusan.