BM | EN
Berita Semasa

Majlis APC Tahun 2025, AJD & AKP Tahun 2026 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025, Anugerah Jasamu Dikenang & Anugerah Khas Pengarah Tahun 2026 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor

12 Mei 2026 (Selasa) – Telah berlangsung dengan jayanya Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025, Anugerah Jasamu Dikenang & Anugerah Khas Pengarah Tahun 2026 Jabatan Kerja Raya Negeri Selangor bertempat di Shah Alam Convention Centre sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada warga kerja yang telah menunjukkan prestasi cemerlang serta jasa bakti yang amat bermakna kepada organisasi.

Setinggi-tinggi tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Tahun 2025, Anugerah Jasamu Dikenang serta Anugerah Khas Pengarah Tahun 2026 atas pencapaian dan komitmen yang telah dizahirkan dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab dengan penuh dedikasi, integriti dan profesionalisme.

Pengiktirafan yang diberikan ini bukan sahaja melambangkan penghargaan terhadap jasa, pengorbanan dan kecemerlangan yang telah dicurahkan, malah menjadi simbol inspirasi kepada seluruh warga kerja untuk terus memperkukuhkan budaya kerja berprestasi tinggi demi memacu kecemerlangan organisasi.

Semoga kejayaan yang diraih akan terus menjadi pemangkin semangat untuk melakar lebih banyak pencapaian gemilang, mempertingkat mutu penyampaian perkhidmatan serta terus berbakti dengan penuh iltizam dan komitmen pada masa hadapan.

Sekalung penghargaan dan ucapan tahniah sekali lagi kepada semua penerima anugerah atas kejayaan yang amat bermakna ini. Semoga terus cemerlang dalam apa jua amanah yang digalas.

Skip to content