BM | EN
Berita Semasa

Lawatan Penanda Aras EKSA PPAS ke Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor

LAWATAN PENANDA ARAS EKSA PPAS KE KOMPLEKS IBU PEJABAT JKR SELANGOR
 
22 Julai 2026 (Rabu) – JKR Selangor telah menerima kunjungan delegasi daripada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sempena Lawatan Penanda Aras EKSA yang bertujuan untuk berkongsi amalan terbaik serta memperkukuh pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) di organisasi masing-masing.

Lawatan ini menjadi platform yang bermakna dalam pertukaran ilmu, pengalaman dan idea berkaitan pelaksanaan EKSA, di samping mengeratkan hubungan strategik antara agensi kerajaan ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih kondusif, sistematik, inovatif dan berkualiti.

Semoga perkongsian yang dilaksanakan sepanjang lawatan ini dapat memberi manfaat serta menjadi pemangkin kepada penambahbaikan berterusan dalam memperkasakan budaya kerja cemerlang di sektor awam.
Skip to content