BM | EN
Berita Semasa

Lawatan Kerja YBhg. Datuk Dr. Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri ke Tapak Projek Pembinaan Balai Polis Bukit Jelutong

LAWATAN KERJA YBHG. DATUK DR. KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN DALAM NEGERI KE TAPAK PROJEK PEMBINAAN BALAI POLIS BUKIT JELUTONG

27 April 2026 (Isnin) – YBhg. Datuk Dr. Awang Alik bin Jeman, Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri telah mengadakan lawatan kerja ke Tapak Projek Pembinaan Balai Polis Bukit Jelutong bagi meninjau kemajuan semasa projek.

Lawatan ini turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Mohd Khidir bin Majid, Pengarah Pembangunan Negeri Selangor (ICU JPM); YBrs. Tuan Ahmad Fuad bin Apandi, Setiausaha Bahagian Pembangunan KDN; Ir. Haji Shukri bin Ishak, Pengarah Kerja Raya Negeri Selangor (JKR); serta YDH SAC Zakaria bin Ismail, Timbalan Pengarah Jabatan Logistik dan Teknologi Bukit Aman.

Dalam sesi tersebut, YBhg. Datuk Dr. KSU menegaskan kepentingan komitmen semua pihak untuk menyiapkan projek ini mengikut garis masa yang ditetapkan. Beliau turut mengingatkan bahawa sebarang kelewatan bukan sahaja menjejaskan kualiti penyampaian perkhidmatan, malah memberikan implikasi kos kepada Kerajaan. Pihak kontraktor adalah diminta untuk melipat gandakan usaha penyiapan baki kerja di tapak.

Pihak JKR Selangor selaku agensi pelaksana komited untuk mempertingkatkan pemantauan di tapak bagi memastikan projek ini disiapkan dengan jayanya demi kesejahteraan komuniti setempat.

683005598_1495431822621068_2607002083541033049_n
Skip to content