BM | EN
Berita Semasa

LAWATAN KERJA SEMPENA PERSEDIAAN PROGRAM GAGASAN RUMPUN SELANGOR 2.0

1 April 2026 – Lawatan kerja YB Dato’ Rizam Bin Ismail, Exco Kemajuan Desa, Perpaduan & Pengguna bersama YDM Tengku Seri Perkasa Diraja Tengku Dato’ Musahiddin Shah bin Tengku Abdul Hamid Shah ke Bangunan Kompleks Ibu Pejabat JKR Selangor hari ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperkukuh perancangan dan persediaan menjelang pelaksanaan Program Gagasan Rumpun Selangor 2.0.

Lawatan ini memberi fokus kepada penyelarasan gerak kerja, pemantapan logistik serta kesiapsiagaan semua pihak terlibat bagi memastikan program yang dirangka dapat dilaksanakan dengan lancar dan berimpak tinggi kepada rakyat.

Semoga segala usaha yang digerakkan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan Gagasan Rumpun Selangor 2.0 dalam memperkukuh perpaduan, pembangunan dan kesejahteraan negeri Selangor.

658972772_1473442378153346_5993041802211714275_n
Skip to content