BM | EN
Berita Semasa

LAWATAN KERJA KETUA POLIS SELANGOR KE PROJEK BALAI POLIS BUKIT JELUTONG

LAWATAN KERJA KETUA POLIS SELANGOR KE PROJEK BALAI POLIS BUKIT JELUTONG

22 April 2026 (Rabu) – Satu lawatan kerja telah diadakan oleh YDH CP Dato’ Pahlawan Shazeli Bin Dato’ Kahar, Ketua Polis Selangor ke Projek Pembinaan Balai Polis Bukit Jelutong. Lawatan ini turut disertai oleh Tuan Ir. Hj. Shukri bin Ishak, Pengarah JKR Selangor bersama pegawai-pegawai dari PDRM dan JKR .

Objektif lawatan adalah untuk memantau kemajuan kerja di tapak serta memastikan kerja-kerja pembinaan dapat disiapkan sepenuhnya dengan kadar segera.

Ketua Polis Selangor dalam lawatan tersebut turut mengingatkan semua pihak yang terlibat supaya memberikan komitmen sepenuhnya bagi memastikan projek ini dapat disiapkan dengan jayanya, selaras dengan kualiti serta piawaian yang telah ditetapkan. Beliau amat berharap Projek Balai Polis Bukit Jelutong ini dapat disiapkan dalam tempoh terdekat, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat serta meningkatkan tahap keselamatan di kawasan sekitar.

Semasa sesi taklimat kepada Ketua Polis Selangor tersebut, JKR selaku agensi pelaksana menzahirkan komitmen bahawa akan terus memantau dan melaksanakan penyeliaan secara rapi bagi memastikan projek ini disiapkan selaras dengan kualiti dan kos yang telah ditetapkan.

677654514_1491009839729933_7997711516809287356_n
Skip to content