Lawatan Hormat Idemitsu ke JKR Negeri Selangor
14 Julai 2026 (Selasa) – Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Selangor telah menerima kunjungan hormat daripada wakil Idemitsu Kosan Co., Ltd. bertempat di Bilik Mesyuarat Pengarah, JKR Negeri Selangor.
Lawatan ini bertujuan untuk memperkenalkan teknologi turapan jalan terkini melalui produk Grandphalt ART, iaitu Polymer Modified Bitumen (PMB) yang dibangunkan bagi meningkatkan prestasi dan ketahanan turapan jalan. Sesi pembentangan telah merangkumi penerangan mengenai kelebihan penggunaan Grandphalt ART, antaranya:

– Meningkatkan ketahanan turapan terhadap beban trafik yang tinggi;
– Mengurangkan risiko keretakan dan alur (rutting) pada permukaan jalan;
– Memanjangkan jangka hayat turapan serta mengurangkan keperluan penyelenggaraan; dan
– Memberikan prestasi yang lebih baik dalam keadaan cuaca panas dan hujan tropika.
Di samping itu, kedua-dua pihak turut bertukar pandangan mengenai potensi aplikasi teknologi Polymer Modified Bitumen dalam pelaksanaan projek penyelenggaraan dan pembinaan jalan di Negeri Selangor, selaras dengan usaha memperkukuh penggunaan bahan binaan yang lebih berkualiti, mampan dan berprestasi tinggi.
JKR Negeri Selangor merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak Idemitsu atas kunjungan dan perkongsian ilmu serta teknologi yang amat bermanfaat. Diharapkan jalinan kerjasama strategik seperti ini dapat diteruskan dalam memperkasakan pembangunan infrastruktur jalan raya yang lebih selamat, berkualiti dan lestari demi kesejahteraan rakyat.